When I was in my primary school, I chose teacher as my profession because my parents are teachers. When I was in secondary school, I was doubting my own decision. "Am I gonna be a good teacher. What if I wasn't born to be one?" Of course, mak would be there to advise me, "Choose what you think is the best for you." And alhamdulillah, when I was being accepted to enroll in Foundation in TESL, UiTM Lendu, I knew that this is it. This is my path. InsyaAllah I'll choose to become a teacher. Alhamdulillah again, I am now taking B.Ed TESL in UPM.
Baiklah, tukar bahasa. Apa salahnya pelajar TESL berbahasa Melayu?
Sekarang, aku tanya diri aku. Kenapa cikgu? Kenapa bukan penulis? Kenapa bukan doktor atau apa-apa kerjaya lain yang lebih tinggi pendapatannya? Jadi doktor boleh pakai Evoque. Boleh duduk banglo dua tingkat. Boleh pakai Prada. Boleh pergi melancong. Senang cerita semua benda boleh lah. Kalau setakat cikgu, ayah yang dah kerja berpuluh-puluh tahun pun pakai Honda Civic je pun. Mak pun pakai Swift je. Alhamdulillah lah ada kenderaan. Tempat berteduh pun selesa. Tapi standard lah kan, manusia kan sentiasa nak lebih. Jadi kenapa nak jadi cikgu kalau nak kaya cepat?
Mungkin sebab aku ada pasang cita-cita yang kadang-kadang aku sendiri rasa mustahil. Cukuplah sekadar aku cakap, aku tak kisah berapa gaji aku. Aku sekadar nak buat apa yang aku rasa aku patut buat. Mak tanya, kenapa taknak jadi pensyarah? Gaji besar sikit. Bukanlah niat mak nak aku berkerja semata-mata gaji. Aku tahu, dia nak tengok anak2 dia senang. Tipulah kalau aku kata aku memang tak rasa nak ada duit lebih sikit, lebih dari yang biasa. Tapi itu mungkin apa yang aku rasa dulu. Masa tengah mentah nak isi buku rekod pelajar kat sekolah. Masa masih tak tahu apa tujuan sebenar memiliki profesion yang tetap. They're right, you're becoming more matured as you grow old. Lepas asasi, aku cuba nasib nak habiskan masa lapang, jadi aku mohon jawatan guru ganti kat tadika. Mungkin bagi aku, budak tadika budak sekolah sama je. Baca, mengira, main, makan. Biasalah, manusia tak selalu betul. Apa yang aku bawa balik rumah dari tadika bukan setakat sakit kepala, tapi aku bawa satu beban baru yang menjadi penguat aku sampai sekarang. Aku bawa tanggungjawab. Tanggungjawab mencelikkan anak2 supaya boleh kenal huruf dan nombor.
Pada yang lain, mungkin guru sekadar kerjaya pilihan terakhir. Kerjaya yang sekadar "Alah kau pergi sekolah, bagi kerja kat budak, marah budak, pastu balik. Kerja pun lima kali seminggu, suku hari. Time cuti pun gaji jalan. Kalau kerja kerajaan lagi senang takde risiko kena buang kerja." Tipulah kalau aku kata aku tak sentap. Aku tahu benda-benda yang tak enak didengari itu keluar dari mulut orang yang hatinya bukan untuk mendidik tapi sekadar untuk bekerja supaya tak dipanggil penganggur. Sedih memikirkan satu jawatan yang mulia sentiasa disepak terajang di mulut-mulut mereka yang tak tahu apa maksudnya seorang guru dan apa yang ada disebalik kelantangan suara di hadapan 30 kanvas putih yang mungkin ada yang dah dilakar, ada juga yang masih kosong.
Benar, 20 tahun tak melayakkan aku untuk berkata lebih daripada yang diajar di dalam kuliah. Aku masih belum layak nak mempersoalkan siapa yang patut berhati-hati dalam perkataan. Tapi sebagai seorang mahasiswi yang baru saja nak melangkah ke tahun ke-2, aku rasa aku tahu apa yang aku mahukan. Mimpi aku mudah. Aku nak duduk sebelah anak-anak dan ajar dia menulis. Aku nak berdiri di hadapan anak-anak dan ajar dia mengira. Aku nak bercakap tentang adab. Banyak benda aku nak cerita. Banyak sangat aku nak kongsi. Aku kesian bila tahu ada yang dah Tingkatan 3 tapi masih tak tahu membaca. Nanti di Tingkatan 5 macam mana nak jawab peperiksaan? Lepas kahwin siapa nak ajarkan anak-anak dia? Adakah satu dekad lagi, generasi yang masih buta huruf akan jadi pelapis kepada generasi ibu bapanya yang masih belum tahu mengeja? Aku tak hina. Aku takut. Takut dengan kenyataan yang ada tanggungjawab besar menunggu aku di depan. Dan itu sudah semestinya tanggungjawab semua guru, yang sering disalah anggap sebagai mereka yang makan gaji.
Aku tahu, cita-cita aku mustahil. Mustahil untuk lahirkan satu generasi yang sempurna pendidikannya. Tapi aku rasa setiap ujian dari Allah itu sentiasa ada jalan penyelesaian yang terbaik. And not only that I want to be a teacher to your children, I want to be the best teacher my children can ever have. Because at the end of the day, it would be very beautiful to know your children can speak fluently, count efficiently, talk modestly, and act wisely.
InsyaAllah.
2 comments :
i admire teachers :)
they are the cause of me today
Your teachers must be very lucky to have you as their students :)
Post a Comment