Tuesday, January 10, 2012

You Don't Have To Sleep To Dream Of Something.

Kannn? Mesti korang cakap hekeleh hekeleh apesal tak tulis karangan 120 patah perkataan je nak buat tajuk. Chill like a Chillar Party people. Ingat senang ke nak pikir tajuk? Appreciate sikit usaha aku menaip 36 huruf tak termasuk tekan space bar eh untuk buat tajuk tu.

Kalau dulu time sekolah kan best. Setiap hari ada je benda nak cerita. Pasal classmates, kelas tambahan, ceramah, cikgu dan sebagainya *ouh yeah Cikgu Mazlan post kat wall aku woot woot*. Nowww apa yang aku buat, baru lepas bangun tidur sebab mengalami kemurungan kesakitan kepala yang teramat dahsyat. Aku rasa ni mesti sebab kebosanan yang terlampau. Bukannya aku pecah kepala pikir nak buat lab report Chemistry ke nak buat graph Physics ke takde takde. So aku pun kagum dari mana sumbernya aku sakit kepala tu. Nak taknak makan jugaklah Panadol sebijik walaupun dah sejuta kali mengenangkan nasib buah pinggang aku ni. Aku risau satu hari nanti virus2 dalam badan ni anggap Panadol tu macam gula-gula Fruit Plus je. Ok lepas ni nak try makan Kapsul Orang Kampung pulak.

Hari Sabtu hari tu aku pergi Melaka. Emmm don't ask me cause I won't be answering the question "Ehhh kau buat apa kat sana?" Ghoman macam aku ni ada pulak minat nak pergi shopping sampai Melaka semata nak beli beg kan? Selagi kereta tu kereta ayah kau, kau ikut je lah. Kau nak jerit kat bantal sampai terhakis tekak kau pun, sanggup ke kau nak jadi anak derhaka? Haha so aku pun ikut jelah. Time sembahyang maghrib kat Masjid Al'Alami MITC, alhamdulillah dapat berjemaah. Time solat tu, tiba2 je aku terkenangkan waktu solat jemaah kat Shams. Serious rindu kot. Rindu nak beratur berlingkar sampai dalam surau semata-mata nak ambik wudhu'. Kalau takde air memang rasa macam nak terjun je dalam Kolam Semenanjung. Rindu nak bersempit dalam saf lepastu time tahiyat air bagai nak tersedu-sedu kau kat dalam surau tu sebab kaki kau semut-semut kena duduk dengan jemaah sebelah kanan. Ouh rindunya nak baca Yasin ramai-ramai. Mano den nak carik bondo cam tu? Time tokonang-konang tu, ngalir jugak air mato ni. Maka bersyukurlah bekas pelajar2 Shams kerana pengalaman sebegitu rupa tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. *gayakan dengan jari telunjuk menghala ke arah pendengar*

Baru terklik blog sorang budak lelaki ex-shams. Amboiii jambu gitu blog dia. Ada epal2 merah sticky notepad. Cursor siap tukar2 lagi. Over tawww. Haha k aku bukan nak cakap pasal blog dia. Aku baca pasal biasiswa MARA ngan JPA je. Kot blog aku menang award boleh lah aku nak mengutuk blog orang so keep it shut Adlina. Emm one thing. I'm not going to critic someone else's life. They have their life, I have mine so we better keep our own business. But as usual, I write because I believe, it's either I write it for myself or for the closest people. Ada bunyi nada jeles ke dalam ayat tu? Takde kan takde kan? I'm proud of being myself and I admit that what I have is what He thinks the best for me. So don't mumble and whine when you're not as popular as others. Hidup kau akan terbebas daripada gangguan2 fizikal dan mental orang2 asing oyeaaahhh! *angkat kening The Rock tangan letak kat pinggang*.

Elakkan daripada menonton televisyen sambil mengunyah. Kadar makanan yang masuk ke dalam perut tidak akan disedari, cuma 3 bulan kemudian, bersedialah untuk menyedari pertambahan jarum alat penimbang yang makin ke kanan. Ni nasihat ikhlas tanpa penaja. Sekarang ni aku nak Panadol ActiFast yang bertindak dua kali lebih cepat berbanding Panadol biasa. Sebabnya, aku tengah pening dan seram sejuk dan gementar untuk mengisi borang UPU Fasa 2. Alhamdulillah, terbukanya lagi peluang untuk menambah ibadah kepada Allah untuk meomohon petunjuk-Nya. :)

p/s : Kalau setiap hari makan fast food dan chickadees, saluran darah akan tersumbat dan boleh membawa kepada Arteriosclerosis. Takkan nak sakit jantung masa muda kan? So darling darling sekalian, Say no to obesity okayhh? Love your body everyday.

Day 8.

2 comments :

Anonymous said...

dak 0stel ny tlebih-lbih kngn eh..
haha..btw,rnd0 nk g0sip cer hngt smntra nk tggu brisan amek wudhu pndek..haha..

Adlina Paiz said...

hohohoho kantoi nabil bergosip amboi amboi haha. rindu nak cakap 'after' time ambik wudhu' ;)