Sebelum Trial :
"Ini adalah trial maka ia lebih sukar daripada SPM"
Selepas Trial :
"Ini adalah trial dan aku rasa mati kalau result macam ni"
Annoyed, tension, stress dan sakit hati. Mula2 check satu2 soalan Bio tu. Soalan 1... okay Soalan 2... okay Soalan 3... Soalan 4... bhai!!!! Apo jadah kau salah soalan yang atas sikit aras soalan darjah 6 ni? Pastu aku rasa nak kunyah2 kertas Biology tu dan telan lumat2 sampai larut dalam Ileum so assimilation can take place hambik kau. Yelahh sape tak sakit hati soalan senang2, tanya haploid, kau bagi diploid. Kan macam sakit jiwa je tengok jawapan sendiri yang memang aku sendiri malu nak tenung.
Ada jugak paper yang markah okay tapi komen cikgu meruntun hati. "Not as good as your Mid-Year". Sambil tenung pokok renek depan 5 Irsyad tu, aku rasa macam nak cabut semua daun2 pokok tu sampai botak dan melutut dekat pokok tu. Aku rasa macam nak hantar essay baru sampailah teacher bagi markah 45 ke atas.
Dengan Cikgu Mazlan nye yang memang tak jemu hantar amaran terakhir kat aku, suruh besarkan tulisan yang aku rasa untuk kesekian kalinya, dah FONT 12 dah. Tiap2 kali exam "AMARAN TERAKHIR : BESARKAN TULISAN". Markah kesimpulan untuk Rumusan memang sentiasa 0 sampai sekarang, semata2 aku dah cukup 120 perkataan sampai perkataan "Kesimpulannya..." so markah kesimpulan aku takde. Kejam tak kejam padahal jumlah patah perkataan aku 126 taraf boleh consider lah kan? Takpe Cikgu, saya anak murid mendengar dan menurut kata, lepas ni saya full mark rumusan. Confirm gila cikgu terharu tersedusedu nanti.
Howkaaayyyy!!!!!
Lupakan sekejap je result trial tu. Kejap je. Beri tumpuan untuk hari Ahad ni. Just this time okay?
Forget about those so-called-killing-results for a while and let's think about how this Sunday will be.
Yada yada yada post aku memang boring hari demi hari. Bukan sebab kekurangan idea tapi lebih kepada keruntunan jiwa yang semakin diselubungi misteri2 hidup yang semakin cuba mengejar dan mengejar. Tiba2 aku rasa nak mintak Kak Yuni bagi stok pelempang sedas dua. Semoga aku sedar dan... BERHENTILAH BERSASTERA JIWANG NI WOII!
Ok aku memang kurang sopan, kurang bertenaga, kurang mood dan kurang berperasaan malam ni.
Menarik kan?
p/s : maybe sorry isn't enough. Padan muka. Melulu lagi. Kan dah malu.
4 comments :
Wuyoo boleh comment wuyoo haha
wuyyoo kagum kan kagum kan?
all the best spm :D
thanks kak mun :)
Post a Comment