"InsyaAllah, kalau dah terbuka hati nanti, aku pakailah tudung."
"Aku rasa, perempuan ni, kalau tak sedia pakai tudung, biarlah dia bersedia dulu."
Dah selalu kita dengar orang cakap macam tu. Kat internet, surat khabar. Sampai lama2 tu aku rasa bosan. Bukan ke hukum bertudung tu wajib? Tak kisah lah kita dah bersedia atau tak. Wajib tetap wajib. Sama ada seorang itu ikhlas atau tidak, suka atau benci, dipaksa atau rela, dia tetap WAJIB melakukannya di sisi Allah.
Andai kata nak tunggu hati terbuka barulah bertudung, kalau macam tu kena tunggu hati terbuka baru nak bersolat? Kalau tahu hukum solat berdosa, kita takut tinggalkan solat. Tapi kalau kita dah tahu hukum tidak bertudung berdosa, kenapa kita tak takut tak bertudung? Kalau orang nak kata bertudung ni panas, apa lah salahnya panas sikit kat Malaysia yang makin panas ni? Untung2 sejuk kita kat akhirat nanti. Tak rugi sezarah pun kalau kita bertudung.
Trend sekarang, shawl pashmina bagai. Ok fine, nak bershawl macam orang Mesir, pakailah. Tapi kenapa tinggi sangat shawl tu sampai tak tutup dada? Kita dah tutup rambut tapi dada terdedah. Apa bezanya? Bukan sama je ke kalau tutup dada tapi rambut terdedah? Boleh je labuhkan shawl dekat bahagian dada pun. Bukan susah sangat nak tarik kasi labuh sikit. Pashmina tu lagi lah besar, boleh balut baby lagi. Sekarang, makin lama makin pelik fesyen2 bertudung. Letak gambar model pakai jubah labuh tapi sendat, tudung pun setakat balut rambut dengan leher. Caption bawah gambar "Menutup aurat sambil bergaya". Urban2 pun perlu ke sampai memodenkan konsep menutup aurat dalam Islam?
"I tak pakai tudung tapi I solat 5 waktu. I tak mengumpat. I tak fitnah orang. I buat kerja I sendiri je. Lebih elok lah daripada Si Minah tu yang pakai tudung labuh, pakai baju kurung, tapi hati busuk. Mengutuk menghina orang. Buat apa nak hipokrit? Lebih baik dia bukak je tudung tu. Membazir je tutup aurat tapi perangai mengalahkan Minah Rempit."
Pernah dengar kan orang cakap macam ni? Kenapa mesti kalau nak defend diri yang tak pakai tudung je, mesti nak guna perempuan yang pakai tudung tapi perangai macam ntahmenda2 ntah. Bukan semua yang bertudung perangai macam tu kan? Kenapa tak cuba comparekan diri tu dengan akak2 bertudung yang sopan santun. Dah habis ke perempuan2 manis bersopan kat dunia ni? Nak jugak ambik yang perangai teruk tu supaya orang lain hilang hujah nak berdebat dengan dia? Kalau ustazah buat salah sikit je, terus buat statement "I lost respect towards all ustazah nowadays. They're not perfect either but have the gut to speak about aurat and all those stuff when they're actually just like the rest of us".
Kejam kan? Buat salah sikit pun dah mengamuk macam salah membunuh pulak. Ok, benda ni secara tak langsung, perlu menyedarkan golongan2 yang bertudung ni yang, "Kita sentiasa diperhatikan, oleh itu jagalah adab kita''. Sebabnya,
Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat - Ustaz Zaharuddin
Lagi pelik dengan seorang artis kita yang makin lama makin terdedah leher dia. Dah macam pakai turban. Dulu rasanya molek je, manis je. Sekarang, entahlah. Tu lah yang kita panggil Fesyen
p/s : Belum terlambat untuk berubah :)
No comments :
Post a Comment