Yang lembik,
Yang lemah,
Yang cengeng,
Yang rapuh,
Pergi jauh-jauh.
Jangan baca. Jangan peduli.
Ini entri untuk orang gagah.
Bukan untuk si pengalah.
Jangan menangis.
Jangan merayu.
Jangan meraung.
Jangan melolong.
Duduk diam-diam.
Pandang atas. Pandang langit.
Di bawah ada selaut pendengki.
Tunggu kita jatuh menyembah kaki.
Sakit mati.
Sedih mati.
Derita mati.
Kecewa mati.
Putus asa. Putus harapan.
Asal derita mahu mati.
Mati bukan makanan bukan perhiasan.
Sibuk nak mati, cukup amal sebeban?
Penipu.
Pendusta.
Pembohong.
Pemusnah.
Pilih satu. Pilih semua.
Pakej lengkap menjadikan seorang tuan.
Penat hidup menjadi hamba perhiasan.
Orang tak pandang, sikit pun tak dilayan.
Makan hati.
Luka hati.
Kecil hati.
Sakit hati.
Tak malu. Tak segan.
Semua benda mahu diceritakan.
Konon hidup sentiasa disakiti.
Padahal Rabbi tak pernah memungkiri.
Kalau sibuk nak mengadu.
Kalau sibuk nak dunia tahu.
Kalau sibuk nak cerita tersedu.
Kalau sibuk nak terkedu.
Pergi bawah katil. Masuk dalam almari.
Takkan ada yang layan. Takkan ada yang kisah.
Yang lemah jangan tanya jangan resah.
Jangan terasa. Jangan keluh-kesah.
Ini entri untuk orang gagah.
Lari jauh-jauh.
Ingat pada diri. Ini entri untuk sendiri.
No comments :
Post a Comment