Assalamualaikum readers. It's been 3 weeks (not precisely) since my last post. Jumaat lepas, memang tak sangka, tiba2 je bila bangun tidur, terbatuk2 macam orang tua sedangkan takde pulak minum ais ke apa ke. Memang perit gila tekak sampai roommate bagi Fisherman's Friends. Pastu on the way balik ke rumah, dalam bas mula dah terasa sejuk gila dalam badan, sampai ada orang kat Terminal 1 tegur, "Merah hidung, dik." Ingatkan batuk selsema biasa, rupa2nya virus infection. So malam tu, kakak cakap "Dik, kalau demam takyah lah pergi esok." Memang silap lah kakak cakap macam tu, SILAP BESAR. Hahahaha. Kalau hati Adlina Paiz dah tekad, tak ada sesiapa yang boleh halang, kuasa Allah sahaja yang mampu.
So talking about Big Bad Wolf. SubhanAllah. Maha Suci Allah. Ya Allah. AllahuAkbar. Boleh demam dua kali ganda tengok buku2 kat situ. Ya Allah banyak gilaaaaa. Nak menangis tengok buku2 tu. So, masuk je tempat tu, mak hulur duit kat kitorang, pastu terus berpecah, bawa haluan masing2.
Saya sesat dalam timbunan buku.
Sesat. Sesat. Menangis. Sesat. Demam. Pengsan.
Ya Allah, menduga gila bila hidung berair dan gatal, kepala rasa nak pecah, mata dah sakit, otot dah lemah, badan dah panas, nak pulak belek buku satu persatu. Ya Allah memang dugaan. So tak sempat nak baca semua sinopsis, terus capai apa2 buku yang naluri kuat suruh ambik dan teruskan survey. Haha. Sampai dah penuh tangan, ternampak pulak kotak tepi meja buku. Terus ragut kotak tu, sumbat semua buku dalam tu. Dah tawaf satu Exhibition Hall tu seratus kali, terpaksa cari tempat tak ramai orang, duduk dekat lantai kejap sebab rasa nak tumbang. Akhirnya terpaksa give up bila badan dah mula memberontak. Sampaikan kena tawakal, andai kata pengsan dalam hall tu, harapnya ada yang sudi seretkan ke hospital. Hahaha k tak lawak.
Lepas dah tak beberapa nak puas hati tapi terpaksa jugak tamatkan operasi memburu, terpaksa tabahkan hati melangkah ke kaunter dan bayar semua buku. Hmmm kecewa. Kalau tak demam, subhanAllah mungkin cecah RM300.00 kot. Tapi takpelah. Ada hikmahnya tu.
Haa siapa sangka, buku hard cover ₤12.99 hanya kena bayar RM15.00 je.
Ya Allah ini memang heaven on earth habis.
So inilah hasil tangkapannya. Ya Allah cepatlah tamat asasi cepatlah.
Menggoda-goda betul. =.=
Big Bad Wolf memang awesome habis.
p/s : Next year InsyaAllah kita berburu lagi. Hehehehe :)


No comments :
Post a Comment