Monday, December 3, 2012

3/12/2012

It's December and I got so many things to remember.

Assalamualaikum. Semoga sentiasa dalam keadaan yang baik hendaknya. Alhamdulillah. Setakat ni semuanya okay. Cuma hmmm bilik. Memanglah tak baik kalau nak merungut pasal bilik. Sebab nanti ada orang kata tak bersyukur pulak. Tapi macam mana lah tak sedihnya. Bilik yang dulu 2 orang je jadi penghuni, yang muat-muat untuk 2 orang bergerak berehat, tiba-tiba tambah satu katil double deck, satu meja belajar, satu board dan tiba2 bilik jadi teramat sesak. Terutama bila nak solat berjemaah. Hmm takpelah. Dugaan untuk Semester 2 ni. Bersyukurlah dapat kolej baru daripada dapat kolej lama atau tak dapat kolej langsung kan?

Hmmm and as for class, the worst thing about being in Tesl Foundation is, we do have streaming class. Yes. We do have it. They sort us out, according to our pointer. Which is to my opinion, it's just ridiculous, absurd and whatever. I mean like seriously, do we really have to? Ini universiti kot. Bukan sekolah lagi. I'm getting tired of changing classmates and seeing new faces for my whole life as a student. Tapi bersyukur sangat kali ni, ramai jugak ex-classmates yang kekal untuk kelas yang baru ni. Anyway, macam biasa 8 subjek. 3 subjek baru; Basic Principle in Education, Language & Drama dan Literature. Em rata2 semua macam nak wow kat drama tapi silalah buang wow tu sebab makin banyak drama makin banyak beban nak menghafal skrip. Big NO for me. Oh well, we'll give it a try.

Masuk2 je kelas pertama untuk Sem 2 ni, dah takde dah nak suaikenal nak ice breaking. Terus bagi course outline, next week terus ada dua presentation. Almost every week ada assignment kena hantar, kalau tak assignment, ada test atau kuiz. Kalau dah ada 8 subjek hmmm memang tergolek lah. Betullah cakap Rafaad, senior2 yang lepas, Semester 2 memang takde masa nak gurau2, nak main2, nak lepak2 dah. Either belajar atau buat kerja. Tapi takpe, semoga kita sama2 berjuang untuk result yang lebih baik, penentu masa depan untuk degree kita nanti. Berjuang untuk ilmu Dia. InsyaAllah. 

Nampak bertenang je tulis post ni kan? Memanglah, sebab minggu ni takde assignment kena hantar. Hehehehe. Kbye assalamualaikum :)

No comments :