Monday, October 8, 2012

So Long, 1st Semester :)

Assalamualaikum. Sukacita dimaklumkan bahawa semalam secara rasminya status saya sebagai pelajar Tesl Part 1 telah pun ditamatkan tempoh. Hal ini adalah kerana cuti Sem saya sudah bermula hihihihi. Mesti korang semua fikir "Apsal nak excited sangat padahal baru satu sem. Ada lagi satu sem. Ekeleh ekeleh?"

Teruskan dengan soalan yang bermain di minda anda tapi jangan dihalang jari-jemari saya yang merayu minta senaman. Kenapa perlunya bercerita tentang cuti sem sedangkan bulan 12 nanti perjuangan akan diteruskan? 2 sebab, 1 mungkin kerana roommate bakal bertukar. 2 mungkin kerana classmate juga bakal berganti muka. Truth to be told, alasan kedua tu paling sedih. Yes, frankly speaking, aku sayang gila MPI0201B. Sebab? Entahlah sebab macam2 perangai kot. Orang kata, bond kitorang paling kukuh dalam batch Tesl banding kelas2 lain. I can only praise Him for I was destined to be in the group. Syukur.

Satu sem. 5 bulan. Tapi pengalaman seolah-olah 5 tahun. A very good advice for my juniors yang sudi baca blog ni : University sounds stupendous, but it can kill you in a flick. Say Hi to The Killers : The Backstabbers, The Intelligents & The Foul-Mouthed People.

Yes. Dalam tempoh 5 bulan je, macam2 benda baru yang akan berlaku. Sama ada yang baik, yang buruk, yang menyakitkan, yang menyedihkan, mahupun yang mendukacitakan. So brace yourselves, juniors. Sebab kat sini lah, akan ada orang yang sentiasa tak puas hati dengan kita, sedangkan kita tak pernah buat jahat kat dia, malah sentiasa tolong dan jaga hati dia. Yang bawak cerita buruk pasal kita. Yang tak hargai bantuan kita. Ada juga golongan manusia yang bermulut jahat. They who start the fire. Mengapi-apikan orang. Mencarut sepanjang masa mengalahkan zikir. Tak mengaku kesalahan sendiri. Dan golongan yang paling perlu ditakuti kat sini ialah, golongan Cerdik Pandai. Tolonglah, tolonglah ambil langkah berjaga-jaga dan tolonglah sedar kewujudan mereka. Dulu kat sekolah takpe. Ada yang pandai, ada yang sederhana. Kat sini semua pandai2. Tapi ada yang lebih pandai. Sampaikan kalau tengok carry mark diorang je, korang dah berbuih mulut terkedu terpana mata berpinar.

Alia Hanini & Ezrin Balqis. I must say that these two girls are my sweethearts here. Seriously. Why I said so? As for Alia, dia ni banyak gila beri tunjuk ajar, nasihat and pengalaman tentang orang asing, dunia luar zon selesa. Dia banyak sedarkan aku betapa banyaknya perkataan2 baru yang orang guna untuk mencarut sekarang ni. Well sounds ridiculous kan tapi bagus jugak. Tahulah nanti kalau ada orang marah guna certain words tu, kita tahu yang dia tengah mencarut. Dia ni lah sahabat yang mampu membantu aku meneruskan legasi perangai pelik2 aku. Sebab dia ni double pelik. Yeah so true.

And for Balqis, she's the one who teach me about the heart. Dia didik aku supaya berhenti beri perhatian kepada orang yang tak sudi beri perhatian pada kita. Berhenti terlalu menjaga perasaan orang yang tak pernah jaga perasaan kita. Jangan terlalu mudah mengalah bila orang pujuk sikit. Dia ni kuat, I must say. Bila orang dah tak suka, dia tak ambik masa nak pujuk rayu orang tu. Instead, dia move on and teruskan hidup macam biasa, as if nothing happened. Dia buat aku sedar, sometimes in this live, there will be someone that you always give your extra attention to, but they might not give their attention like how you did. Some might not feel comfortable with you but you mustn't care about it. I learned a lot.

And as for the life at university, I must say, it's very hard and challenging. VERY HARD AND CHALLENGING. There, big and clearly stated. Macam2 orang yang kita akan jumpa. Terlalu banyak ragam. Tapi itu takkan jadi masalah yang besar. Yang penting jaga agama. Jaga solat kita. Jaga hubungan kita dengan Allah. InsyaAllah, Dia akan jaga hubungan kita dengan orang lain. Mana yang hubungan masih bermasalah, barangkali itu dugaan dan ujian dari dia. Banyakkan mengingati Allah kat sini. Sebab cabaran di universiti terlalu dahsyat dan banyak. Sekali hanyut, memang boleh binasa.

Bukan untuk menunjuk pengalaman setahun jagung, tapi sekadar berkongsi cerita 5 bulan. 5 bulan memang sekejap, tapi kadang2 tempoh yang singkat tu lah yang boleh menentukan, siapa kita pada hari ini. Sama seperti diri kita yang dulu ke, lebih baik ke, atau lebih teruk tersasar.

Sampai sini saja topik perbincangan kita pada hari ini. Esok jari mintak senaman lagi. Regangan mungkin. Kbye assalamualaikum :)

P/s: Baru nak gembira2, rupa2nya 15 nanti MUET sobs tsk tsk :'(

No comments :