Sunday, September 9, 2012

Mereka.

Assalamualaikum semua. Semoga dalam keadaan yang baik2 sahaja. Jadual taklah sesesak minda sekarang ni. Even waktu study pun lebih menggembirakan berbanding waktu minda stress. Pendeknya, exam is just around the corner so...yeah.

Alhamdulillah, Kak Yuni dah selamat mendaftar di UUM. Tanya lah UUM tu kat mana. Kat Sintok lew. Sintok tu meh nak terangkan sikit lagi haa. Sintok tu boto2 dokek ngan Thailand. Kira macam sempadan lah. Jauh? Ya sangat jauh. Hampir 12 jam perjalanan. No scratch that. 9 kot.

Cakap pasal UUM, tiba2 rasa nak kongsi cerita ni untuk korang semua. Khamis malam Jumaat baru2 ni, masa otw balik rumah dari Lendu, aku, mak dan ayah borak2 lah pasal perjalanan ke Kedah hari tu. Aku tanya "Yuni nangis tak?", "Bilik cantik tak?", Roomate dia siapa? Orang mana?" dan segala macam soalan yang aku rasa tak menyentuh sensitiviti perkauman. Tiba2, "Ayah yang tak pernah2 nangis pun..." dan boleh faham lah sambungan ayat tu kan? Aku terdiam. Suara ayah mula berpasir. Mak dah kesat mata dengan lengan baju. Aku diam di tempat duduk belakang. "Yuni jauh sangat", ayah sambung. Sengaja aku diam. Sebab aku rasa ini masanya untuk aku buktikan kekuatan aku.

Aku tahu. Aku faham. Aku mengerti kenapa lelaki segagah, setabah ayah boleh mengalirkan air mata hari tu. Mengalir, bukan bergenang. Dan bagi aku, perkara tu menyebabkan aku semakin respect dengan ayah. Sebab ayah tak rasa perlunya ada perasaan ego waktu melahirkan perasaan sayang kepada anak2 dia. Aku sandar di kerusi belakang. Aku cuba bayangkan suasana rumah tanpa anak2 disisi mak ayah. Aku cuba bayangkan sunyinya mak ayah dan hanya berlatarbelakangkan kucing2 yang berlari kesana kemari dan volume tv yang sengaja dikuatkan lagi.

"Masa mak iron baju, menangis mak teringat Yuni. Selalu dia ada tolong gosokkan". 

Aku masih ingat pesan kakak. "Kalau boleh balik, baliklah. Jangan latih diri tak balik rumah. Takut2 nanti dah besar, dah kahwin dah kerja nanti, terbiasa pulak tak balik rumah." Tak. Ini bukan alasan yang aku akan beritahu pada pensyarah kalau aku nak skip event. Ini menguatkan lagi rasa rindu aku pada mak ayah. Panggillah aku anak manja mengada-ngada, PBSM dan apa2 je lagi. Aku takkan marah. Sebab apa yang aku fikirkan ialah kedua-dua orang tuaku sentiasa mengharapkan wajah anak2 mereka setiap hari. Rindu mereka pada kita jauh lebih hebat berbanding rindu seorang teruna pada daranya. Jauh lebih hebat dan suci.

Kita seorang anak kepada orang tua kita yang semakin hari semakin putih rambutnya, yang semakin hari semakin berkedut hujung matanya, yang semakin hari semakin kabur penglihatannya, yang semakin hari semakin lembut hatinya, dan yang semakin hari semakin dekat penghujungnya. Seorang ayah takkan alirkan air mata lelakinya jika dia tahu dia mampu mengawal kesedihannya. Seorang ibu takkan alirkan air mata wanitanya jika dia tahu dia tak mampu mengawal kesedihannya. Nampak bezanya seorang ayah dan seorang ibu? Bezanya sedikit tapi maknanya besar. 

Oleh itu, selagi berkesempatan, luangkanlah masa dengan ibu bapa kita. Kadang2, kawan2 sekeliling kita pun bosan luangkan masa bersama-sama sepanjang minggu dengan kita, walaupun hujung minggu. Tapi percayalah, mak ayah kita takkan pernah bosan, jemu atau menyampah tengok muka kita, walaupun sesaat. 

Jika ibu bapa disuruh memilih sama ada ditarik nyawa anak2 atau nyawa mereka, pasti nyawa mereka dipilih. Sebab anak2 adalah nyawa bagi mereka.

4 comments :

EmyAmalina said...

Know what, when I called you anak manja, I don't really mean it. Or I should say, you should take my words as a compliment dearrie.

Me myself come home every week just because I know at one point of my life, I'll no longer staying with them, and at that I dont want to regret for not spending my time with them when I can.

You're anak manja. Lols. I love you.

Adlina Paiz said...

No no Emy. I'm never offended when you called me anak manja. Just randomly thinking about others reaction about the fact that I'm going home every week. Seriously no. Don't worry.

Eell even the truth is, yes I'm a lil bit 'manja' with my parents but it doesn't matter right? After all, kita kan anak diorang. Kita lah satu2nya harta mereka yang mampu tolong mereka akhirt nanti. I agree with yoy. I wanna spend the time that I have right now for them.

You're anak manja too. We are lols. I love you too :)

Adlina Paiz said...

Banyak gilo typo aku =.=

tasniim fudzaili said...

add, tersentuh ak bace your post. sedih, buatkan ak rase lagi rindu ngn parents. huuu. nice piece though.