Assalamualaikum peeps! Kehkeh lama tak menulis windu wasenyew. Hihi okay nak ikutkan hati takde lah eager gila nak menulis. Tapi sebab ada gerak hati dan suara2 halus yang memaksa aku on laptop dan akhirnya terbukak pulak Blogger. Hihi. Emm sebenarnya hari ni nak share sikit pasal interview yang aku pergi Ahad lepas. Hari Khamis minggu lepas, tiba2 ada mesej dari 15888 yang bagitahu aku terpanggil ke Temuduga Asasi TESL UiTM. Emmm harus ke aku ketawa atau sedih masa tu? Memang termenng jugak sebab pada masa yang sama, aku takut dengan pengalaman pertama ditemuduga.
So hari2 sebelum interview, aku banyak cakap sorang2 dalam bilik. Kira macam memikirkan possible questions & response untuk interview tu. Truth to be told, English memang subjek yang aku paling suka sejak tadika. Even masa 6 tahun aku pergi kapir, Tadika Little World. Abang used to tease me “Kau kecik2 pergi tadika kapir kan. Haha.” Emm eskus me ya, masa aku 5 tahun aku pergi Tadika ABIM ehhheeem ehheeemm okayyy haha. So seimbang okay duniawi ukhrawi aku. Produk Shams akhirnya kann? Haha. Okay so memang dari dulu aku terlampau minat English. Memang aku all out when it comes to English. Memang tak dinafikan, grammar aku taklah baik mana pun, tapi intention nak cakap omputih tu tinggi naa so kadang2 aku belasah je lah pedulik hape grammar tu. So bila dapat panggilan temuduga tu, of course aku seronok. Tambah2 bidang tu specific, TESL. Akhirnya aku terima tawaran tu.
Pagi Ahad tu, aku bangun macam nak pergi sekolah. Awal gila kot. Dah tidur cukup2 supaya tak ngantuk time interview. Tempat temuduga tu kat UiTM Kampus Lendu, Melaka. Aku ada tanya senior2 pasal interview ni sebab nak get prepared kan. Sampai je kat sana, ramai gila kot orang. Ada yang untuk Seni Bina Seni Reka bagai. Aku tengok muka budak2 TESL ni wamboihhh matang2 semuanya. Ghoman budak2 pandai. Memang senak gila perut aku. Ghoman aku pulakk, cam budak kuat main. Pakai je kasut hitam bertutup bertumit bagai, otak masuk air jugak. Tapi takpe, Rafaad kata make sure you worth it (taking TESL). Sebelum temuduga tu, ada ujian bertulis. Kitorang semua duduk satu dewan, nak jawab soalan Reading Comprehension and Short Essay. Aku selak je kertas soalan tu pehhhh petikan cam MUET. Takdo... takdo langsung cam SPM. Lain gilo dah. Kalau kau rasa English SPM susah, wait til you see that passage for this examination. Sumpah petikan dia memang aras tinggi kot pemahaman ngan bahasa dia. Tak boleh langsung ada distraction. Tumpuan aku masa tu masyaAllah 200% kot sebab berusaha nak paham. Soalan 15 je, tapi menjawab eh sampai 45 minit. Kalau kat sekolah, 10 minit aku tengok budak2 dah tidur dah. So lagi 15 minit aku peruntukkan untuk essay tu. Pasal dangers about social networks. Hmmmpphhh hmmmpphhh jangan tanya apa isi2 aku.
Lepas dah selesai ujian bertulis, kitorang kena pergi bilik temuduga ikut senarai nama. Memang ramai jugak lah. Estimated, around 160 students. Time menunggu giliran, aku tengok ada sorang candidate ni yang humangai beghabuk berbuih mulut speaking London. Hmmmppphhh memang bukan saingan aku lah kan. Memang out of my league lahh. Mana taknya, omak apak ehh sopiking London manjang. Dah memang brought up macam tu kan. Aku jumpa ramai jugak lah member berbual, nak kurangkan rasa tension. Ada yang cakap berselang-seli dengan bahasa Inggeris. Tapi aku belasah cakap bahaso nismilan. Pedulik hape aku orang kata aku ceruk. Nanti depan interviewer aku cakap omputih ehh. Haha. Kitorang tanyalah interviewee yang dah selesai ditemuduga, apa yang ditanya? Ramai jawab general knowledge, current issues, favourite subject, kenapa suka cikgu BI. So aku ngan member2 ni prepare lah pasal Tsunami, pasal MBMMBI, pemansuhan PPSMI. Memang prepare seprepare-preparenya. Preparing for any possibilities.
So sampai giliran aku, dengan langkah penuh yakin lah konon, aku duduk depan interviewers... sambil senyum bajet. Haha. Dia mintak folder sijil2 ngan dokumen2 penting. So masa Puan A ni start temuduga aku, tiba2 Puan B tepuk lengan Puan A. Rupanya dia tunjuk salinan slip SPM aku. Aku nampak dia tunjuk kat PQS PSI. Terus dia tanya aku, “Ohh so you’re from an Islamic school? What makes you come here?” Aku jawab lah “Because I love it.” Puan A ngan Puan B serentak cakap “Ouhhh we’ve heard the same answer over and over again so we need to know why you’re choosing TESL? I see that you scored in PQS and PSI. Why don’t you go for the Islamic field? Why did you choose this field?” Aku pun explain lah “pgfasfkjashfc chefhsecn cbsekuhckuheslkcnmn ckeshuckhsk” (taknak bagitahu jawapan. Satu sebab panjang, satu sebab taknak korang tahu jawapan aku haha). Then dia senyap. Aku dah prepare nak cerita pasal Tsunami 8.9 skala rikter yang menyebabkan amaran Tsunami di Pulau Pinang dan Port Dickson, walaupun dah ditarik balik hambik kau aku menghafal. Tiba2 dia tanya “What do you think? How can you use these two subjects in teaching English? Do you think they can be used in English? How are you going to use it?” Pastu aku jawablah “kakfhkbekfksnc k hsoehfcuhnkcns biucehkcnk”. Puan A tanya pulak “Well since you are from an Islamic school, most people think that this kind of student, student like you, will have a problem when you’re studying TESL. I mean in facing the environment, maybe it’s quite unsuitable for Islamic students. What do you think about that?” Aku macam terkedu. Aku terfikir, puan ni sengaja nak provoke atau ni satu diskriminasi? I mean, come on peeps, berdosa ke budak agama nak ambik TESL? Cara puan tu bertanya seolah-olah mempertikaikan pilihan aku memang agak mengejutkan aku. Aku jawab lah “As long as you have a strong faith, it doesn’t really matter which course you are going to take”. Puan B tanya pulak “Why don’t you take Islamic course like Usuluddin or what. Why TESL? Some candidates think that TESL is easy. Well it’s not easy. It’s really tough, you know. Some might think that TESL is the last option. I’d like to say that TESL is really not a simple thing to learn”. Hmmpppphhh aku pun jawab lah “TESL is not my last option. It’s my first option”. Tahu apa Puan A cakap? “Well, that’s what you said. Not the others”. Terkedu aku lagi macam kena lempang. Sarcastic jugak interviewers ni.
Aku tunggu lagi soalan general knowledge dia. Tapi.... “Okay thank you for spending your time and accepting this offer” pastu terus bagi folder aku. That’s it? Takde general knowledge? Takde current issues? Ya Allah, sumpah aku dah prepare kat rumah macam2 ayat aku dah susun untuk jawab pasal general knowledge. Siapa Menteri Pengajian Tinggi, apa masalah dunia yang terbaharu. Tup tup dia tanya pasal kaitan bidang agama aku dengan TESL dari AWAL sampai AKHIR. Memang agak mengecewakan aku jugak. I mean ye lah, grammar aku mungkin lebih baik kalau dia tanya current issues. Keyakinan aku mungkin lebih tinggi kalau dia tanya general knowledge. Apa kau nak jawab kalau soalan yang sama diulang2? Aku tahu, mungkin aku the only ex-SMKA student kat situ tapi tak patut rasanya soalan aku hanya luas macam tu je. Diskriminasi atau provokasi? Terbatas habis jawapan aku. Grammar aku pun habis sebab tak sangka dengan provokasi berterusan macam tu. Memang aku sembunyikan muka takut aku tapi aku memang agak kecewa dengan interview tu. Keluar je bilik tu, ramai budak2 kata “Cepatnya!”. Aku pun macam haaa cepat? Bagus ke tak kalau cepat? Then ada makcik tu cakap “Biasanya kalau cepat ni maknanya orang tu tak berminat”. Tertusuk hati aku kot.
Sekarang ni, aku hanya mampu berdoa. Satu segi, memang aku nak Asasi TESL. Aku nak bidang tu. Aku tak tahu betul ke tak cara aku ni, tapi satu segi lagi, aku nak sangat pergi UIA. Terlalu nak. Aku tak kisah kalau dapat Asasi Bahasa Inggeris. Nanti kalau sambung degree, aku boleh ambik Degree in TESL, bak kata Cikgu Azmah. Aku memang tormented sekarang ni. Aku nak Asasi TESL tapi aku nak UIA. UIA takde Asasi TESL so macam mana? Aku tahu mesti korang macam fikir bukan2 pasal cara aku berfikir kan? Tapi entahlah, bila tengok interview aku yang lepas, aku dah macam sangat berharap pada UIA pulak. Tapi macam mana kalau aku tak dapat pilihan ke UIA tu dan tak dapat tawaran UiTM? Pilihan ke berapa yang aku akan dapat nanti? Yang ke lapan? Macam mana kalau aku dapat Asasi TESL tapi tak dapat UIA? Ya Allah memang aku rasa nak nangis sangat sekarang ni. Sumpah aku macam tormented gila sekarang ni. Aku tak tahu. Ya Allah bantulah hambaMu ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.
p/s : Aku mengaku, memang aku nak sangat UIA. Tapi aku nak Asasi TESL tu. Tamak kan aku? Berdosanya aku. Aku patut redha dengan semua yang Allah dah tulis untuk aku. Ya Allah hanya KAu yang lebih tahu isi hati hamba Mu.
3 comments :
eeee. seramnye interview. x dapek aku bayangkan interviewer tanye aku soalan.
banyak doa tas. moga dapat interviewer yang baik hati. insyaAllah :)
haha i cant stop laughing when i read this ..
Post a Comment