Kata pada diri sendiri,
Mohonlah maaf kepada semua orang.
Mungkin ada yang kecil hati dengan kita,
Mungkin ada yang sakit hati dengan kita,
Mungkin ada yang marah dengan kita,
Mungkin ada yang benci dengan kita.
Kita bukan siapa2 untuk disayangi setiap masa.
Dan kadangkala kita tidak sedar kita punca sebenar kebenciannya.
Jika salah dengan Allah dimaafkan melalui taubat kepadaNya.
Jadikanlah kata 'Maaf' sebagai cara membersihkan dosa sesama manusia.
Saya memohon maaf andai kata sepanjang perkenalan kita,
Kepada yang rapat mahupun melalui renungan mata yang jauh,
Kerana kadangkala hati gelisah bukan kerana sengsara,
Tapi kerana hubungan sesama manusia tidak dipelihara.
Berilah ruang untuk membersihkan dosa.
Semoga hati tidak derita.
Mungkin kita sangka tiada apa yang salah di mata kita.
Tapi sejujurnya, kita hanya manusia,
Yang sedar kesalahannya hanya ketika ditegur dan berbicara.
Carilah keberkatanNya dan keredhaanNya dalam hidup.
No comments :
Post a Comment