Berikanlah kekuatan,
Kepada hati ini,
Kepada jiwa ini,
Kepada kudrat ini,
Untuk sentiasa tenang dalam ujianMu.
Untuk sentiasa aman dalam dugaanMu.
Jauhkanlah hambaMu ini,
Dari segala kata2 bersifat penyesalan,
Dari segala kata2 bersifat pendustaan,
Dari segala kata2 fitnah dan kekhilafan.
Lindungilah hambaMu ini,
Dari sifat sukar memaafkan,
Dari sifat suka mendustakan,
Dari sifat suka membinasakan.
Hati ini, Jiwa ini, Kudrat ini,
Adalah terlalu indah untuk disakiti,
Terlalu baik untuk dihancuri,
Dan indahnya bukan kerana ia hak milik kekalku,
Baiknya bukan kerana ia semaianku,
Tetapi indahnya kerana ia hak milik mutlakMu,
Dan baiknya kerana ia rahmatMu.
Kuatkanlah hatiku untuk menempuh salah satu dugaan dunia yang besar bagiku.
Terangkanlah hatiku untuk menerima dugaan ini dengan hati yang ikhlas dan tenang.
SPM 2011 CANDIDATE :)
No comments :
Post a Comment