Mungkin kau belum terfikir untuk mencampakkan ego kau. Tak boleh sedikit pun fikir tentang perasaan orang lain, tak pernah terbayang situasi dalam kasut orang lain. Mungkin tak pernah peduli pun pasal orang lain. Mungkin dia tak mintak kau duduk 24 jam menghadap muka dia, tapi tahukah kau dia sangat memerlukan kau untuk memahaminya? Tahukah kau aku tak pernah mintak kau bagi ayat2 berfalsafah tapi cukup sekadar menggambarkan dia penting dalam hidup kau?
Tak, hidup aku bukan penuh dengan cara hidup melayan perasaan. Hidup aku bukan penuh dengan masalah sosial dunia, krisis remaja atau menabur isi hati. Tak, aku bukan berblog untuk bercerita tentang hidup aku yang mungkin kelihatan bergelumang dengan dosa. Dan hidup kau jangan penuh dengan kata2 kotor mengutuk hidup aku. Aku mungkin cuba berlagak aku gagah dengan meletakkan "HAHA" di setiap post aku, mesej aku, perbualan aku. Dan aku mungkin cuba ketawa sekuatnya untuk menggantikan jeritan dalam diri aku. Kau tahu kah?
Aku bukan mahu bercerita supaya orang melimpahkan simpati palsu terhadap aku. Mungkin aku akan kelihatan bodoh apabila bercerita tentang berapa lama hidup aku ditenggelami air mata. Aku tak mintak untuk menangis. Aku benci. Sebab aku tak mahu kelihatan lemah sedangkan ada orang lain melihat aku sebagai orang yang sukar. Tak perlu aku jerit di setiap post aku yang aku tengah menderita sebab aku ada sejuta satu perkara lagi yang lebih penting untuk dijeritkan.
Aku tak mintak supaya orang lain berusaha untuk memegang tanganku, memelukku, meminjamkan telinganya menelefonku atau sekadar menghantar ''are you ok?". Tak, aku tak jadikan itu suatu kewajipan. Tapi aku nak kau cuba faham perasaan aku. Aku mahu jawapan yang tepat. Aku tak peduli betapa terkoyaknya hati aku. Kau bukan dalam kasut aku. Mungkin kau akan menyesal bila kau cuba untuk terjahkan diri kau dalam hidup aku. Aku tahu syiriknya menyalahkan takdir. Dan aku memang takut menyalahkan takdir. Tetapi aku masih terfikir apakah perkara ini berlaku sebagai sebuah pengajaran?
Aku bukan menangis kerana lemah. Aku menangis bukan kerana benci. Tetapi marah dan sakit hati. Tak. Kau tak berada di tempat aku. Kau tak tahu perasaan aku. Aku mungkin tak sepenting orang lain dalam hidup kau, yang boleh buat kau ketawa, yang boleh buat kau lebih bahagia, yang boleh buat kau lupakan aku seketika sewaktu bersamanya. Ya, mungkin kau pernah lupa aku seketika ataupun dalam suatu tempoh yang lama. Mungkin suatu hari aku terpaksa berharap supaya kau terus lenyapkan aku dalam fikiran kau. Mungkin aku terpaksa lakukan apa yang aku benci untuk lakukan. Mungkin aku perlu menderita seketika.
Aku tak mengharapkan sebuah hidup fantasi. Aku tak mengharapkan hidup tanpa konflik. Aku cuma mengharapkan seseorang yang boleh memahami apa sebenarnya yang membuatkan aku menjerit setiap hari melawan rasa sakit hati dan pedihnya terhimpit dalam sebuah situasi, seperti ini.
p/s : Kita manusia, banyak buat dosa. Dan kadang2 orang lain pun tak perlu bercerita tentang dosa kita sebab itu urusan kita. Fikirkan dosa masing2.
No comments :
Post a Comment