Assalamualaikum w.b.t.h. Hmm sudah lama tak berblog. Sudah lama tak menaip sehari satu post. Barangkali kerana aku sudah tua. Aku makin lama makin tua. Jadi aku tak rasa aku masih boleh duduk berteleku menghadap dunia laman sosial duapuluhlimajam. Banyak lagi cerita dunia yang aku perlu berikan perhatian sekarang.
Mungkin sebab kematangan mula menunjukkan kekuatannya. Makin lama maut makin menjengah. Jadi aku tak lagi menganggap hari lahir sebagai hari untuk menunggu hadiah berdebuk depan mata. Aku tak lagi letakkan handphone di sebelah aku ketika tidur, semata-mata nak tunggu pesanan ringkas masuk, semata-mata nak tunggu vibrate dan cahaya dari handphone, tanda SMS masuk ucap Selamat Hari Lahir. Malam 2/7/2013, aku biarkan handphone di lantai sebab nak charge. Laju pulak aku tidur malam tu, tepat jam 11.50 malam.
Subuh 2 Julai 2013, aku senyum sorang2 membaca ucapan hari lahir dari kawan2. Makin lama, aku sangka aku akan ketawa. Rupa-rupanya aku menangis. Menangis di hari tua aku. Bukan kerana jumlah orang yang lupa hari lahir aku semakin bertambah, tapi kerana aku terima ucapan2 ikhlas yang aku tak sangka itulah penghantarnya.
Sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga atas ucapan2 yang membuka luas pandangan aku tentang makna sebenar hari lahir, aku kongsikan sedikit sebanyak apa yang aku terima. Bukan niat untuk menunjuk, sekadar menghargai.
Ucapan dari Twitter. Terima kasih warga Lendu :)
Dari Nurul Hayati, sahabat yang selalu berkongsi air mata tentang hatinya dan aku rasa tidak salah untuk aku berkongsi perasaan dan nasihat. Aku menangis kerana dia bukan teman rapat aku, tetapi ucapannya seolah-olah menghargai kehadiran aku sebagai teman rapat, bukan sekadar teman bicara.
Seorang lagi kawanku di Lendu, Siti Fatimah, yang tidak pernah aku kongsikan perasaan dan isi hati, tidak lebih sekadar kawan sekelas, tapi ucapannya bukan melalui Twitter atau FB. Itu sebenarnya yang buatkan aku terharu. Masih ada teman biasa yang sudi mengirimkan pesanan ringkas walau kita tahu, laman sosial lebih mudah menyampaikan pesanan.
Ingatkan Ezrin Balqis lupa nak wish. Tengok2 ayah cakap ada surat. Dari Perak. Memang terkejut besar bila tengok ada handmade birthday card. Maunya tak nangis. Hahaha.
Ingatkan Ezrin Balqis lupa nak wish. Tengok2 ayah cakap ada surat. Dari Perak. Memang terkejut besar bila tengok ada handmade birthday card. Maunya tak nangis. Hahaha.
Aku sangka tiada ucapan hari lahir dari Alia Hanini memandangkan jam sudah hampir pukul 6 petang. Heh Alia. Mana pernah fail buat aku menangis kalau dia memang pasang niat nak buat aku menangis.
Sudah tentu, sama ada aku menangis atau ketawa masa baca whatsapp dari Emy, sampai sekarang aku masih keliru dengan respons aku oh but ailebyu.
Maie, kalau tengok appearance dia memang lebih kurang dengan mesej dia. Simple. But meaningful. Birthday kau nanti aku akan hantar lagi pendek ha ha ha takde ah memain je ailebyu.
And lastly from Cik Kiah. Well if you guys can read our conversation on whatsapp, you'll be amazed by how short her text was, compared to what she used to type on whatsapp hahaha ailebyu.
Terima kasih untuk yang wish di Facebook walaupun sekadar baca noti dari FB kasi tahu siapa punya birthday hari ni pastu post "HB" kihkihkih
Terima kasih untuk yang akhirnya wish pada 2 Julai, bukan lewat dua tiga hari aidulebyu hahaha
Baiklah sekian sahaja post kali ini. Assalamualaikum :)








No comments :
Post a Comment