Cerita ni dah lama sebenarnya. Cuma belum diluahkan di blog saja. Alah, duduk lama2 kat rumah apa lah sangat yang produktifnya. Setakat baca novel, ulang balik Running Man, makan, kemas rumah, masak, tidur, dan most of the time, Twitter. Hmmm cukup produktif dah tuu. Maka aktiviti paling baik pun setakat ni ialah hantar Kak Yuni balik UUM hari Sabtu hari tu. Ke mana lagi destinasi kalau bukan ke Terminal 1.
Banyak benda yang berlaku yang dapat membuatkan manusia termenung kejap. Sama ada termenung kagum, termenung terkedu, termenung simpati atau termenung jelik. Siapa tak tahu kesesakan kat Terminal 1 setiap masa. Ada yang naik bas dengan keluarga. Ada yang dengan kawan2. Ada yang dengan pasangan. Ada jugak yang sorang2. Macam2 warna kulit, bangsa, warna rambut, agama.
Paling menyentuh perasaan ialah bila ternampak pakcik2 atau makcik2 yang usia dah lebih separuh abad, tapi masih gagah lagi beratur menunggu giliran untuk beli tiket, atau naik bas. Yang lebih menambah sebak tu, ada yang tak bawak beg, tapi bungkusan kain batik dan sebotol air mineral. Ya Allah, mana anak2 mereka? Ya, mungkin mereka sendiri yang berkeinginan untuk naik bas secara sendiri, tapi adakah mereka buat tu kerana terpaksa atau rela? Mungkin anak2 mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang tinggi atau mewah. Ya mungkin. Dan sebab itulah, anak2 tak mampu memberikan keselesaan pengangkutan untuk mak ayah mereka.
Ada orang tua yang berjalan pun sudah perlahan, bayangkanlah keadaan mereka apabila terpaksa bersesak-sesak dengan anak2 muda yang tak ada perasaan timbang rasa, jalan tak ingat dunia, yang selamba duduk tak ada perasaan tengok orang tua. Dijerit-jerit pula oleh conductor bas bila memberi arahan untuk naik bas yang mana. Ya Allah sedihnya Allah je yang tahu. Kalau aku tak tahu malu, dah lama dah menangis kat situ. Kalaulah, kalaulah ada kuasa di tangan dan di mulut, memang nak sangat lempang orang2 muda yang tak ada adab masa tu.
Dan ternampak seorang lelaki tua aku tak tahu berbangsa apa yang sibuk menggeledah tong sampah. Lepas satu, satu tong sampah yang dia selongkar. Kat bahu dia, ada satu beg kain besar yang berbentuk-bentuk. Oh cari tin-tin kosong. Sebak lagi sekali. Tapi tak apalah. Ayah kata "Itulah hidup, dik. Nak makan kena lah kerja. Kena cari rezeki. Kalau tak ada duit, macam mana nak hidup". Aku diam. Timbul rasa malu sebab kadang2 tak bersyukur dengan rezeki Allah depan mata. "Takpe. Asalkan rezeki dia halal". Ayah cuba tenangkan keadaan. Aku diam.
Lepas Kak Yuni selamat naik bas, masa untuk kami bertiga pula ke rumah. Masa kereta ayah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, aku ternampak sepasang suami isteri yang usia aku anggarkan kira-kira 60-80 tahun. Si suami mengangkut satu beg, si isteri hanya membawa handbag. Cara pemakaian mereka sudah cukup untuk menggambarkan mereka bukan dari keluarga yang mewah. Aku nampak seorang lelaki dalam lingkungan 40-50 tahun selesai mengeluarkan beg mereka dari but kereta Mercedes lama. Dan lepas itu, dia mula memandu pulang. Anak mereka kah? Atau kenalan yang baik hati untuk tumpangkan pasangan tu? Aku tak tahu. Apa yang aku fikirkan, ke mana sebenarnya destinasi pasangan tu? Jika ke kampung, di mana kampung mereka? Adakah pasangan tu akan dijerit juga oleh anak-anak muda tak beradab tu?
Aku tak tahu... Moga Allah melindungi setiap warga tua di stesen bas itu...
No comments :
Post a Comment