Tahu...
Kadangkala, perkara yang kita terlalu sayang,
Allah mungkin tak akan beri.
Tapi...
Kadang-kadang, perkara yang kita paling benci,
Allah mungkin akan beri.
Itu dugaan.
Percaya...
Kadangkala, perkara yang kita tak minta,
Allah tak akan kurniakan.
Tapi...
Kadang-kadang, perkara yang kita tak sangka,
Allah mungkin akan kurniakan.
Itu rezeki.
Kurniaan sentiasa bawa senyuman. Kadangkala air mata mungkin kerana tak sangka.
Tapi dugaan sentiasa bawa air mata. Tapi penamatnya beri senyuman dan pastinya bahagia.
Hati itu semalam dikatakan kuat. Mungkin kerana terlalu percaya pada 'tak apa'.
Tapi makin lama makin lemah rasanya. Mungkin kerana terlalu jauh daripada 'Maha Esa'.
Air mata itu semalam dikatakan simpanan. Mungkin kerana terlalu yakin pada diri.
Tapi makin lama makin murah rasanya. Mungkin kerana semakin lupa pada 'Maha Suci'.
Haih manusia. Selalu menyalahkan kesedihan.
Sedangkan kesedihan penghubung kita dengan Ar-Rahman.
No comments :
Post a Comment