Hajatku tidaklah melampaui.
Kerana aku masih bersyukur dengan apa yang aku miliki.
Tetapi bukan pula aku tidak puas di hati.
Cuma kadangkala rasa ingin itu mendampingi.
Hari yang aku lalui banyak mengajar aku pastinya.
Sudahnya aku sendiri terbawa dalamnya.
Makin lama redha itu makin pasti rasanya.
Kerana aku sangat percayakan kuasa Dia tentunya.
Ya Allah, permintaanku tidak banyak.
Berilah yang terbaik, walau ia mungkin memedihkan.
Berilah yang terindah, walau ia mungkin menyakitkan.
Berilah yang terelok, walau ia mungkin memilukan.
Perkenankan doaku Ya Allah.
Aku lahir dalam kesakitan ibuku.
Aku membesar dalam kesakitan hariku.
Aku hidup dalam kesakitan pengalamanku.
Aku merangkak dalam kesakitan perjalananku.
Tapi aku tak mahu mati dalam kesakitan dosaku.
Aku lahir dalam kesakitan ibuku.
Aku membesar dalam kesakitan hariku.
Aku hidup dalam kesakitan pengalamanku.
Aku merangkak dalam kesakitan perjalananku.
Tapi aku tak mahu mati dalam kesakitan dosaku.
Ya Allah, aku serahkan segala-galanya.
Terimalahku walau terlalu hina.
Tiada apa yang ku harapkan lagi dalam dunia.
Andai hidup tak diredhai, apa gunanya?
Mengemis apa yang abadi, aku tak rasa ada salahnya.
Terimalahku walau terlalu hina.
Tiada apa yang ku harapkan lagi dalam dunia.
Andai hidup tak diredhai, apa gunanya?
Mengemis apa yang abadi, aku tak rasa ada salahnya.
No comments :
Post a Comment