Tuesday, October 30, 2012

Cari.

"Kenapa datang sini?"
"Mencari.."
"Cari apa?"
"Kau..."

"Mana pergi kekuatanmu?"
"Aku pun tak tahu."
"Bukan kau selalu riak?"
"Sebab itu aku kembali..."
"Mengapa?"
"Kerana aku dah hilang segala daya"

"Kau kembali untuk apa?"
"Memujuk kau untuk menemani aku."
"Kenapa aku?"
"Kerana kau air mata..."
"Tapi kau lebih berkuasa. Kau hati."
"Sedangkan pemerintah sedang di takhta pun boleh mati, inikan aku."

"Jangan cari aku. Aku dah bosan."
"Kau harus tahu siapa yang terseksa bila manusia bersedih."
"Tapi kau harus tahu siapa yang hampir kering."
"Dan kau harus tahu, aku yang panggil kau bila manusia gering."

"Aku taknak ikut kau. Cukuplah saudaraku terkorban di pipi manusia."
"Bagaimana dengan aku yang masih hidup tapi tak bernyawa?"
"Jadi kau mengaku kalah?"
"Bukan itu yang aku maksudkan..."
"Jadi jangan kata kau mati. Kau tiada hak."
"Katakan apa yang aku perlu buat."

"Pergilah. Aku bukan tempatnya."
"Jadi aku harus ke mana?"
"Bodohnya kau hati. Carilah Maha Esa."
"Aku malu dengan dosa."
"Jadi sekarang cuba cari redha Dia."
"Aku sedang cuba."

"Panggillah aku jika ia kerana Ilahi."
"Walaupun kau harus berkorban sehingga mati?"
"Aku mungkin akan kering, mungkin juga buta."
"Kau tiada rasa?"
"Aku rela kering kerana Dia."
"Dan aku akan terus hidup kerana Dia."

"Jaga dirimu, hati."
"Jaga dirimu, air mata."

No comments :