Assalamualaikum readers. No, it hasn't been so long since my last post. I think it has been so long since I'm being like this. Dah lama rasanya tak act macam ni. Sekarang aku faham apa maknanya separuh gila. Dan kau rasa macam semua daya kat dunia menolak kau ke bawah dan terus ke hujung dunia.
Bila setiap malam, kau menangis sebelum tidur. Bila setiap kali kau pandang pokok2 tepi jalan, hijau daun2 membuatkan kau rasa bertambah sakit. Bila setiap kali mata kau rasa berat dan kau pejam tanpa kelip, dengan harapan air mata akan kembali semula ke dalam kantung, dan bila kau buka semula mata, bergaris-garis air mata mencakar pipi. Bila kau peluk bantal sekuat hati setiap malam, dengan harapan setiap tenaga yang kau pindahkan ke tangan kau, akan berpindah sekali rasa pedih dan sakit dalam hati. Bila kau ketap bibir setiap kali nak lelapkan mata, dengan harapan sakit di bibir dapat mengurangkan derita dalam hati dan menahan mata daripada terluka lagi sekali. Dan bila kau hampir berharap, biarlah semuanya berhenti.
Katakanlah aku seorang yang menyakitkan hati. Terlalu banyak melahirkan kesedihan untuk tatapan ramai. Tapi cukuplah sekadar aku katakan, aku berat melepaskan dia. Dia yang bernafas sebelum aku bernafas. Dia yang membuat aku berdarah, aku terluka, aku menangis dan aku ketawa. Dia yang melindung aku bila satu dunia cuba membunuh aku. Dia yang membela saat semua orang menuduh. Dia darah daging aku. Salahkah air mata aku untuk dia?
Aku cuba tak mahu bayangkan saat aku melambai mak ayah pulang selepas menghantar aku ke kolej, aku lihat tiada siapa di tempat duduk belakang. Aku tak sanggup bayangkan, aku pulang ke rumah dan tiada siapa yang duduk menyambut aku dengan kerlingan mata. Aku tak sanggup bayangkan tiada siapa yang akan menyikat rambut di hadapan cermin sebelum menutup lampu untuk tidur. Katakanlah dia pergi untuk 4 tahun, bukan kau yang merasai kejap atau lamanya tempoh 4 tahun itu. Bukan kau yang rasa luas atau tidak katil yang kami kongsi 18 tahun yang lepas. Jadi kenapa pertikaikan perlu ke aku bersedih?
Masa luang kami bukan masa di hadapan komputer dan merayau ke luar negara. Masa luang kami ialah masa yang aku akan duduk bersama, menyanyi, bercerita, bergurau dan berkongsi suka duka. Masa luang kami di bilik, di hadapan tv dan di meja makan. Masa luang kami di Jusco menonton wayang atau duduk bercerita di McDonalds atau menikmati Krushers. Itu masa luang kami darah daging. Jadi silap yang mana aku telah lakukan kerana terlalu menyeksa mata aku?
Aku percaya, Ya Allah, jarak menambah cinta. Aku relakan dia pergi kerana katanya jihad menuntut ilmu. Aku percaya dalam diri bahawa dia pergi dengan membawa cinta dia terhadap kami semua. Aku percaya segala-galanya akan jadi lebih baik dari sekarang. Aku percaya Allah janjikan yang terbaik untuk semua. Dan kerana aku percaya itulah, aku rasa ada perlunya aku berhenti menyeksa jiwa dan mata. Dia kuat. Kenapa tidak aku? Jika aku mampu meyakinkan dia dulu, kenapa sekarang aku tak meyakinkan diri aku? Aku redha. Aku redha dengan jalan yang Kau tuliskan, Ya Allah.
Terima kasih kepada semua yang berada di sisi dan sentiasa memberi dorongan. Terima kasih kerana menyedarkan aku, tiada guna memanipulasi hati dan meyeksa jiwa dengan benda yang tidak perlu diambil serius. Tidak perlu sentiasa menyalahkan diri dengan setiap perlakuan kita. Ya Allah, aku bersyukur atas setiap cerita yang Kau tulis untuk aku, Ya Allah.

No comments :
Post a Comment