Thursday, July 19, 2012

Rindu.

Assalamualaikum. Semoga semua berada dalam keadaan yang baik hendaknya. Secara matematiknya, dah 6 minggu kat sini. Kejap je rasanya dah nak dua bulan. Lagi 3 bulan pastu cuti semester, pastu masuk semester 2. Secara totalnya, saya rasa selesa dengan apa yang saya dapat sekarang. Alhamdulillah. Classmates pun baik2 dan easy-going. Cuma saya kadang2 kecewa dengan apa yang berlaku sekarang. Saya kecewa dengan bangsa sendiri atau secara ringkasnya, Melayu. Kerana keformalan ini, biarlah "saya" digunakan.

Kadang2 saya malu tengok bangsa sendiri. Malu. Ada satu hari semasa sambutan Malam Kebudayaan, saya lihat kaum Hawa melompat2 mempersembahkan tarian Cheers. Saya lihat kaum Hawa menari gelek tarian Arab sambil menggoyangkan pinggul dan dada dengan penuh semangat. Dan tanpa segan silu memperagakan aset yang sewajibnya hanya untuk suami kita sahaja. Sepertinya bangga menerima tepukan teramat gemuruh daripada kaum Adam. Saya malu.

Dan saya terdengar perbualan sekumpulan gadis2 manis di belakang saya. "Babi betul! Mulut macam neraka jahanam. Jahanam. Sial betul". Cukup perkataan2 kesat keluar. Lagi sedih bila saya toleh, gadis ni cukup manis dan cantik. Termasuk yang memangil kawannya "Woi sial!" walaupun sekadar mahu mengajak untuk berbual. Saya lihat perempuan2 tu semuanya cantik2 belaka. Saya malu lagi.

Saya nampak kaum Adam dan Hawa di sini yang berlanggaran bahunya. Jangan dikira yang berlanggaran tangan2nya. Sepertinya bebas menyentuh ibu bapa sendiri. Saya lihat mereka biasa menyentuh pipi menolak kepala. Dan makan minum berkongsi sumber yang sama. Air liur yang diteguk umpama sah menjadi suami isteri. Saya malu sekali lagi.

Saya lihat Melayu semakin jauh dengan agama. Berbual rancak ketika azan, duduk berbual sehingga maghrib, overnight di bandar sehingga esok pagi. Bebas terlalu bebas. Saya teringat beberapa kali ayah saya mengeluh mengucap beristighfar ketika melihat anak2 Melayu di sini serupa Mat Saleh asli berambut blonde. Yang berbaju dan berseluar ketat sehinggakan seperti mahu koyak setiap kali membuka langkah. Saya ingat mak ayah berulang-kali mengeluh melihat mentaliti anak2 muda sekarang. Dan bertambah kuat keluhan bila memikirkan anaknya dikelilingi ragam manusia yang semakin menakutkan.

Saya rindukan suasana Shams. Terlalu rindu.
Jujur saya katakan, Shams seolah-olah selimut yang melindungi anak2 gadis.
Seolah-olah kain yang menutupi kepala anak2 muda daripada panas.
Bukan Shams. Tapi semua sekolah agama yang lain.

Saya rindukan ukhuwah Shams.
Dunia terlalu buas. Terlalu rakus rupanya.
Moga Allah melindungi iman kita. InsyaAllah amiin.

No comments :