Assalamualaikum readers. Semoga semua sentiasa dalam keadaan baik hendaknya. Amboi dah berapa banyak post aku yang ada opening cliche macam ni. Hihi. Yang pasal tajuk tu, bukan nak cetuskan kontroversi tak nak menghadapi hari esok. Cuma belum nak memikirkannya.
Okay hari ni, terdetik hati nak bercerita apa yang berlaku semalam. Malam semalam, someone gave me a link to watch a video. It's a video about friendship, acted by a group of girls. Emm for your information, video tu disuggestkan selepas aku mendapat tahu tarikh pendaftaran pada 2 Jun, pada waktu malam dan keadaan yang sunyi. That means? Merembes lah air mata aku. Dah tentu pasal friendship kan. Mau tak nangis. Terima kasihlah yang suggest tu ya. Tambah merembes bila tengok, alaaa sweetnya actress dia. Of course lahh, apa maknanya kalau aku yang perempuan sejati ni pun boleh cakap yang diorang tu sweet. Muka manis2 kot. Kenapa perlunya aku sedih? Aku sedih mengenang diri sendiri sebenarnya, memikirkan bila agaknya aku nak jadi macam tu. Cakap tak melampau. Tak cakap ganas2. Tak maki2. Tak guna perkataan2 tak elok. I mean, make sense aku nak kaitkan dengan diri aku? Sebab aku tengok, dunia ni bukannya kekal. Akhirat tu yang perlu dikejar. Aku teringat tweet Maie, "Deep down aku mengharapkan suasana islamik mengelilingi aku. Maklumlah aku hamba-Nya yang lemah.". Ya, itulah alasan sebenar kenapa aku nak sangat UIA. Aku mengaku iman aku belum cukup kukuh. Aku perlukan suasana yang boleh membantu aku mengukuhkan lagi iman aku. Tapi ini takdir Allah. Aku percaya, seorang Muslim yang baik mampu memelihara iman dia walaupun dalam apa-apa suasana sekalipun. InsyaAllah imanku akan terjaga di sana nanti. Amiin. Tolong doakan ketetapan hati dan kekebalan imanku. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, aku akan sentiasa terus berubah menjadi seorang muslim yang lebih baik insyaAllah. So I would really love to thank, from the very bottom of my heart, I would like to thank the person who suggested the video. Alhamdulillah, Allah telah membukakan sedikit lagi hati dan mata aku :)
Mood tak stabil menerpa kembali. Memang memang dan memang. For your information readers, kenapa memang aku kuasa 3? Sebab Christina Perri bakal ke Kuala Lumpur tepatnya pada 7 Jun. Jitunya lagi waktu aku dah mendaftar secara rasmi sebagai warga Lendu. Sebetulnya mungkin aku sedang berorientasi. Ohhh lahai CP, kenapa tak datang awal sikit? Awak tak tahu ke betapa tinggi angan2ku membayangkan anda di Malaysia? Tidak terlintaskah diminda mu tentang diriku? Ohh memang takde so berhenti berangan. Takpe, dekat channel dia nanti confirm dia ada post vids dia kan? Pastu kat Twitter dia mesti dia tweet "KL was awesome! I love you guyssss!!!!". Hihihi tunggulah tunggulah. *menyedapkan hati yang terkedu*
Dan kenapa aku taknak cakap pasal hari esok? Sebab aku taknak mengira berapa hari lagi tinggal sebelum aku ke Alor Gajah. Aku taknak fikir malam2 aku menangis ke tak kat bantal. Aku taknak fikir aku teringat waktu sembang-sembang kedai kopi dengan diorang time aku makan kat cafe nanti. Aku taknak fikir ada tak orang nak peluk aku time aku sedih nanti. Aku taknak fikir semua tu. Sebab masa tu akan datang jugak. No matter what I'll have to face it, by any chance. Maka seeloknya biarlah aku menghiburkan hati kat Twitter tu. Amboih ayat mung. Hahahahahahahahahahahahahahahahahaha ohh sedihnyaaa. Ohh btw, mak told me just now, Cikgu Zainoriah (alaaa cikgu Chemistry kat Shams dulu takkan lupa kot) bagitahu mak, kalau nak excellent in TESL course ni, kalau nak selamatlah, result Muet sekurang-kurangnya Band 5. Ye buka mata selebarnya dan baca ayat tu semula kalau terlepas. Ya Allah, boleh ke aku ni? Ok hati sila bertenang terima kasih.
Maka secara rasminya idea dah habis untuk menulis. Maka babai assalamualaikum semua :)
p/s : can't wait for tomorrow. Yay! *Emy ajar aku yay yay ni =.=*
No comments :
Post a Comment