Wednesday, April 25, 2012

Terkesan.

Assalamualaikum semua. Semoga dalan keadaan yang baik hendaknya. Lama kan tak menulis? Bukan takde mood tapi rasa cam saja je nak suruh korang rindu aku. Haha.

Emm sebenarnya aku nak menulis ni, bersebab sebenarnya. Biarlah sesetengah orang saja yang faham. Ya, aku tahu, sebagai umat Islam, kita sepatutnya sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Selama ni, tak pernah aku tak maafkan orang. Marah memang marah. Sakit memang sakit. Tapi bukan ke lebih mudah kalau kita memaafkan? Hati mudah lembut dengan perkataan yang baik. Juga menjadi keras dengan perkataan yang kasar. Ya, memang maaf sudah diminta. Tapi biarlah aku katakan, aku memang memaafkan, tapi susah melupakan. Jujur, sangat susah melupakan apa yang dah berlaku antara kita.

Bukan aku keras hati. Bukan aku nak buktikan keegoan aku. Ehh bukan bukan. Aku bukan terlampau ego orangnya. Aku mudah memaafkan orang. Buatlah salah dengan aku sejuta kali, aku tak ada masalah memaafkan. Sebab aku takut keberkatan hidup. Aku takut mengabaikan tanggungjawab aku. Cuma kali ni, bukannya aku sengaja mencari perhatian dengan berdiam diri. Tapi sebab aku terlalu terkesan dengan benda yang berlaku. Dulu ya, aku susah terasa hati dengan apa yang orang cakap. Tapi sebab beberapa perkataan yang terkeluar ketika amarah terlalu dahsyat, maka terlukalah hati aku yang memang aku kebalkan sejak dulu. Memang aku akui, besar rasanya luka kali ni.

Salahkah aku berhijrah? Salahkah aku melakukan kebaikan? Salahkah aku memperkatakan tentang kebaikan? Burukkah diri aku? Burukkah iman aku? Tak ada peluangkah untuk aku cuba memperbetulkan kesalahan diri? Ya, sudah lama aku begini. Disalah anggap bila cuba melakukan kebaikan. Bukankah mereka yang terjatuh perlu dibimbing? Mengapa sindiran dan cacian yang diterima? Kalau orang yang baru mengenal Islam begini, bukankan dia akan menjauhi Islam? Begini kah caranya umat Nabi Muhammad? Beginikah umat Islam? Tidak, aku tidak dendam. Cuma aku terkilan dengan keadaan sekelilingku yang memaksa aku menebalkan hati sedikit lagi. Menebalkan hati mendengar sindiran mereka yang susah memahami betapa payahnya aku berusaha menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

Aku mula dari bawah. Aku mula dengan iman yang rapuh. Bukan salah mak ayah aku. Tidak. Mereka pendidik terbaik aku. Cuma mungkin nafsu aku jauh menyimpang dan akhirnya aku cicirkan tanggungjawab aku. Dan sekarang, baru aku tersedar, hidup tak selamanya di muka bumi. Abadinya hanya akhirat. Akhirat itu yang kita perlu kejar. Tapi kadang2 aku jatuh. Aku selalu terjatuh. Iman aku belum cukup ampuh. Sedihnya jatuhku dipandang serius tetapi bangkitku dipandang enteng. Mungkin benar. Kesalahan kita yang satu ibarat sejuta. Kebaikan kita yang sejuta ibarat setengah. Beginikah cara kita membimbing mereka yang tertinggal?

Tidak, perubahanku takkan berhenti hanya kerana kata2 manusia. Biarlah dihina, yang penting hati kita Allah yang lebih tahu. Tak apa, biarkan manusia berkata. Yang penting kita tahu siapa kita yang sebenar. Tidak, untuk kali yang kedua kalinya, tidak aku tidak berdendam. Aku maafkan salah kau. Cuma biarlah sejujurnya aku menulis apa yang terbuku di hati.

Buat waktu ni, mungkin kita perlu menjarakkan diri. Mungkin kita perlu memberi ruang untuk menenangkan hati. Ya, hati aku masih terkesan. Susah rasanya aku jadi keras sebegini. Dan susah rasanya aku melupai apa yang terjadi. Bagi lah aku ruang untuk berdiam. Sebab aku masih belum rasa untuk berkata tentang cerita semalam. Tak, bukan aku tak maafkan. Cuma aku payah melupakan. Maafkan keegoan aku kali ini. Yakinlah satu hari nanti, kita boleh pulih. Keadaan mungkin lebih baik. Cuma mungkin bukan sekarang.

Ini bukan cerita benci.
Ini bukan cerita dendam.
Cuma menyampaikan isi hati.
Apa yang tersimpan, apa yang terpendam.

p/s : One good thing about friendship, give hundred years of living, never once you'll call your friends as ex-friends :)  

No comments :