Ya Allah, andai benar mimpiku malam tadi,
Benarkanlah aku punyai kesempatan.
Benarkanlah aku punyai waktu,
Supaya aku boleh menghargainya sekali lagi.
Ya Allah, andai benar mimpiku,
Berilah kesempatan untuk aku mencium tangan ibu bapaku,
Peluang untuk memeluk dan mencium pipi orang tuaku untuk kali terakhir,
Merasai kasih sayang keluargaku yang mungkinku abaikan selama ini,
Memohon maaf sepanjang kubernafas di dunia,
Andai ada salahku yang sengaja dizahirkan,
Yang mungkin menitiskan air mata mereka,
Dan bersyukur kerana sempat untuk merasai nikmat dunia sesudah rahimnya.
Dan mengucapkan terima kasih kerana menyayangiku sepanjang hayatku.
Ya Allah, andai benar mimpiku,
Berilah kesempatan untuk aku memeluk sahabat-sahabatku,
Merasai sekali lagi genggaman tangan dan bahu mereka,
Memohon maaf andai kehadiranku pernah menyusahkan mereka.
Berbicara tentang betapa bersyukurnya aku dipinjamkan sahabat seperti mereka,
Yang memberikan sejuta pengajaran dan sejuta pengalaman,
Berterima kasih kerana kesudian mereka sebagai penghibur dan peneman,
Dan memanjat kesyukuran kerana dikurniakan sahabat yang berkongsi hati dan perasaan.
Ya Allah andai benar mimpiku,
Berilah peluang untuk aku menyatakan rasa sayangku,
Pada insan2 yang hadir dalam hidup aku,
Yang menemani saat sunyi, yang menegur saat terlupa, yang menyayangi saat dibenci,
Dan sampaikanlah pesanku betapa tidak pernah walau sekali aku menyimpan dendam,
Walaupun ada masanya, terbunuh hati dengan layanan dunia,
Walau sesampah mana aku pada mata mereka,
Takkan sesekali aku mengingkari pesan Nabi,
Memaafkan mereka, walaupun salahnya hanya sekali.
Ya Allah, andai tiba saat nafasku terhenti,
Biarlah ketika saat aku mengenang hidupku diciptakanMu.
Biarlah ketika aku bersujud memohon keredhaanMu.
Biarlah ketika saat aku bertaubat kepadaMu.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin

No comments :
Post a Comment