Semalam aku melangkah masuk tuisyen, dengan mood yang sangat tak terkawal. Kesian students2 Darjah 3 aku. Mesti diorang kata "Apehal cikgu ni tak hyper macam kera dapat bunga hari ni? Domam ko?". K, aku pun tak tau kenapa takde mood semalam. Maybe sebab dah hampir sebulan aku ajar tajuk yang sama je. Bila aku tanya, diorang cakap, kat sekolah masih belajar tajuk 1, sedangkan aku dah masuk tajuk 3. Tak bukan2. Tu bukan alasan dia. Sebenarnya, aku emo sebab tudung aku! Hahaha kan tudung bawal aku tu jenis macam kain silk. Memang aku emergency capai tudung tu sebab sama warna dengan baju kurung aku. Nak taknak, belum sempat spend 20 minit depan cermin, Kak Sara dah tunggu depan rumah. So aku pun pakai tudung macam makcik pergi pasar tak kisah tudung senget benget sebab dah dapat hasben yang setia menyayangi walaupun ghoman macam Oprah first time pakai tudung. Tapi sampai je tuisyen aku berjaya me'repair' tudung aku memastikan 'awning' dia indah terletak kehkehkeh. So aku pun berjaya mengambil semula mood mengajar.
Ok ni amaran ya. Sebelum anda mengalami komplikasi memuntahkan segala isi perut setelah membaca post aku yang seterusnya ni, sila carik icon 'X' serta merta. Ini serius. Betul tak tipu. Cerita ini bakal mengundang rasa mual sedikit ya.
Selesai Darjah 3, aku masuk kelas Darjah 4. Masuk2 je, seorang budak, nama Fatehah cakap "Ehhh, warna tudung cikgu cantiklah. Ungu!" Aku pun terpaksa buat2 tak dengar segan2 sikit sebab takkan lah aku nak react "Yeke Fatehah? Lahaiii cikgu tak sangka pulak tudung cikgu secantik tu. Maklumlah cikgu ni jarang2 kena puji sedemikian rupa. Emm seganyewww cikgu hikhik". Memang aku kepit kepala aku kat pintu kelas kalau aku cakap macam tu. Goli tahap maknyah den dongar eh. Aku tahu, budak2 akan cakap macam tu sebab dia nak mood cikgu dia baik time mengajar. Dah masak sangat aku dengan benda tu. Haha. *Ya, percayalah, seorang budak akan memuji untuk mengusha mood anda. So jangan terpedaya muahahhaha*. Time aku duduk kat meja, Fatehah dengan Husna datang kat meja aku.
Husna : Cikgu suka ungu eh cikgu?
Aku : Ha'ah mestilah. Kan cikgu selalu datang tuisyen pakai warna ungu kan? *senyum pondan*
Fatehah : Ha'ah lah cikgu. Saya pun suka ungu!
Husna : Warna favourite cikgu sama macam artis luar negara lah cikgu!
Aku : Siapa? *Muka toya stok kena lempang*
Husna & Fatehah : JUSTIN BIEBER!
Aku : Hahh? Hahahahaha *Then aku terdiam sila bayangkan aku berbuih macam sawan*
Jadah ehhh haha! Budak2 sekarang memang advance boto. Tak terpikir aku nak explore warna feberet abang Bieber. Baru ingat nak kelentong budak2 ni cakap Christina Perri add aku kat Facebook & follow aku kat Twitter. Siap masukkan aku kat "Listed list" lagi. Tapi tak jadi sebab aku tahu, budak2 ni tak mustahil bukak Beautiful Nara ke, OMG Yahoo ke. So kelas pun tamat dengan bahagianya semalam. *Alhamdulillah, semalam dapat gaji pertama. Bergenang and sebak jugak lah sebab dapat duit hasil kerja kita. Syukur.*
p/s : Depan rumah meriah bunyi budak2 balik sekolah. Yang gadis2 manis pulak tanggal tudung tayang rambut dye macam Hayley Williams. Hmmm =.=
No comments :
Post a Comment