Monday, February 13, 2012

My 600th Post

K, firstly, siapa yang taknak baca, takpe it's okay. Post ni tak penting pun. Tapi aku tahu Maie Emy or Kiah mesti tahu apa yang aku tulis ni. Jadi kepada sesiapa yang mula mengesan kebosanan dalam post ni, takpe2, tak perlu baca pun takpe :)

Well at first, aku cuma nak selongkar2 cerita dia. Tanya khabar. Buzz2 je, aku terus mention nama girl tu. We seemed so fine. Perangai aku kann kalau chat2 macam orang gila ni, memang biasa. Memang aku lah tuu nak tanya2 macam budak hyper, main cakap je padahal betul ke tak aku pun tak tau.

Dia tak hyper macam aku. Sebab yang bertanya aku, so dia setia je jawab soalan mengarut aku. Aku tanya macam mana kenal, bila kenal. Semua lah aku tanya. Haha. Memang soheh lah aku stalk dia habis2an. Haha perangai aku pulakk. Then aku tanya yang cara dia treat girl tu lain dengan orang lain, that's why aku boleh teka dia tu special. Dia reply "like how I treat you". Dia mengaku dia suka budak tu. The whole family knows about her. And I was like "wooww mama pun tahu?". Dia gelak je. Ghoman kau pulakk. Haha

Mula2 pecahkan rahsia dia *more to paksa dia mengaku sebenarnya haha* memang kelakar habis. Aku selalu bayangkan muka dia blushing nak kena jujur dengan aku yang memaksa ni. Konfem ah dia menyampah gila dengan perangai aku yang tak pernah nak berubah. Then lama2 dia cakap, dia berterima kasih sebab walaupun cerita masing2 dah berbeza, aku tetap ada untuk tolong dia. I was touched to hear that. Dia macam sangat memandang jauh hubungan dia dengan girl tu. I could tell that he wants to marry that girl, somewhere deep in his heart. Cuma mungkin belum masanya. He told me, "Dia tu alim. I bersyukur jumpa dia". Aku tersentak. Mungkin aku terkesan sebab aku masih dalam proses untuk menjadi yang lebih baik, sedangkan girl tu dah lama jadi baik macam tu. Benar lah kata orang "Lelaki mencari yang solehah untuk dijadikan isteri". Aku mengakui kata2 tu. Hahaha dengar tu Adlina.

Tiba2 aku kalah. Aku kalah dengan emosi aku sendiri. Habis emosi aku habis berkecai. Bukan sebab aku cemburu. Jauh sangat lah kan kalau nak kata aku jeles. Cuma aku terkesan sebab cerita masing2 dah berbeza. Terpaksa guna perkataan "dulu".. Dulu mungkin ya, aku benci dia sebab apa yang dia dah buat. Tapi semua orang berhak rasa gembira. Aku tak boleh nak halang. Aku hanya mampu doakan yang terbaik. Semoga hubungan diorang jadi halal. Air mata tu lebih kepada kenangan sebenarnya. Macam recalled balik memory budak2 kecik. Teringat zaman bodo2 kanak2 tak remaja dulu. Tak berapa nak matang. Yang lawak2 habis. Haruslah aku nangis. Kau cuba recall memori aku dengan budak2 bertiga tu. Mahu setahun aku melalak. Semua orang kalau cakap pasal memori pun mesti lenjun kenn? Haha. Memang aku macam kapas gila2 depan laptop tadi kahkahkah. Macam air terjun ah kan. Habis lah makin dahsyat eyebag aku esok. Hahaha.

Aku tahu dulu aku ikut emosi sangat sebab terlalu bencikan dia. Tapi sekarang aku tumpang bahagia sebab aku tau, dia tak perlu tunggu lagi. Cerita kitorang dah tamat. Bagilah peluang untuk orang lain bercerita pulak kan? Betul cakap Maie, Kiah, Emy. Kadang2, tak semua yang kita nak tu, kita akan dapat. Jadi apa yang kita ada, hargailah sebaik mungkin. Mungkin lebih baik daripada apa yang kita terlalu inginkan. I will always pray the best for you. We'll always be friend as best as we can right? You told me that. Dah habis belajar, dah kerja tinggi2, hantar kad kahwin. K, aku tak layak cakap pasal kahwin sebab muda lagi. Kau nak kahwin cepat kan? Lagi elok. Aku tunggu aku dah ada kereta sendiri, dah ada kerja, dah stabil ekonomi, baru aku pikir benda tu. Which means, aku calculate, around 8 tahun lagi. Hahahaha merepeknya lahaiii aku. Now, focus with our dream right? Dah ada cita2 tu, boleh lah proceed to the next step ye? Haha.

So, take care, mate. Thank you for everything.
Please pray for me too.
Don't worry. I'm stronger than you can ever imagine.
You've once told me that hihi :)

p/s : Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita kann? Jadi janganlah sedih kalau kita tak dapat apa yang kita nak, atau kenapa kita diuji sedemikian rupa. Semua perkara ada hikmahnya. Jangan persoalkan kerja Dia :)

No comments :