Monday, January 9, 2012

Taknak Bagi Tajuk

Sebenarnya malam ni aku saja2 nak tulis pasal apa yang pernah aku buat dulu. So kau dah ready nak dengar Maie? Haha. Post ni lebih kepada nak konang2 balik cito lamo. Eleeehhh tipu lah kan kalau korang takdo bondo polik2 buek ngan member kan? Alolololo malu nak ngaku pulekk. So Maie, aku saja nak ingatkan kau balik in case kau lupa rutin harian kita dulu :)

Lagu feberet kitorang, Cik Mek Molek. Alah nak ikutkan biasa je lagu ni. Takdo lawak mano pun. Yang best eh lagu ni specific untuk kakak kita yang sorang tu je. Presenting, Cik Mek Emy. Hahaha lagu ni memang akan dinyanyikan time aku ngan Maie mencari-cari identiti sendiri atau dalam bahasa mudahnya, tengah menahan kepala yang hampir pecah. Biasanya lagu ini akan dinyanyikan semasa tusiyen Add Math atau Physics ataupun time boring tahap nak pengsan dengar ceramah. Ngehehehehe mangsa kebosanan kitorang haruslah dan semestinya Emy. Dah kau try nyanyi lagu tu part chorus. Masuk je "Pertama kali ku melihat wajah si dia..." sambil menggayakan gaya penuh menggoda kepada Emy. Hahahaha kalau Emy merajuk pun, kau try nyanyi "Senyumlah senyumlah ahaii Cik Mek Molek" confirm dia jeling bagai nak terjojol bijik mata dia.

Bab2 menyanyi ni tak payah pergi jauh2 bukak tv tengok American Idol. Mehh sini mehh kat kitorang meh. Cakap je nak lagu apa, kitorang nyanyikan nak? Haha. Kalau boring dengan Kiah, tiba2 je senyap time buat Add Math, tiba2 je "You know I can't take one more step towards you" pastu Dayah sambung "Cause all this waiting is regret". Tiba2 Kiah nyahut "Don't you know I'm not your ghost anymore" then tiga2 lak "You lost the love I loved the most..." Aku bersyukur Ikram tak sambung kalau tak kontroversi punah punah. Haha.

Kalau bab2 makanan memang first class lah kann. Favourite spot, Ruang Damai. Masing2 kalau dah pergi sana, berlagak macam wanita berkerjaya dan sofistikated je masing2. Dengan ikan sembilang melingkar atas pinggan, bubur penuh semangkuk hahahaha masing2. Air yang Maie selalu order aku paling ingat. Milo Ais dengan air kosong. Ehh tu untuk dia sorang je tu. Emy pun samo yo. Kiah pulak, order air pelik2 then beli lauk je pastu ratah. Koman2 pun aku ni makan jugak nasik walaupun 1/4 daripada saiz pinggan. Tapi dia tuu, aku rasa satu hari kena belikan sekilang roti untuk dia sebagai hadiah harijadi. Ok dah dapat idea lepas ni kalau aku dah kaya aku belikan dia kilang Gardenia ouh yeahh.

Best thing about Mahirah is, kalau dia nak, dia pasti akan berusaha sedaya upaya untuk dapatkan mondo eh. Tapi biasanya dia tanya dulu "Ehh nak tak apam balik ni?" pastu biasanya aku cakap "Nanti makan ke kalau dah kenyang? Takpelah kau nak beli belilah" pastu dia mesti cakap "Ouh ha'ah kan takpe lah takyah lah beli nanti kenyang pulak." Lepastu kitorang pun tengok dia bayar apam balik tu. See, she doesn't need your advice. Haha dialah budak paling determine yang aku pernah jumpa. Kalau balik rumah dia, mesti dia tanya "Add kau nak masak apa? Kita masak ni ni ni ni ni nak?" Biasanya aku jawab, "Sukahati lah kau nak masak apa Maie" lepastu nanti dia masak lah semua benda yang ada kat rumah dia. Kalau lah aku serumah dengan kau Maie, sebulan 5 kilo aku naik.

Lagi satu, bab2 melepak. Yelewww haruslah budak2 sekolah tension belajar melepak lepas sekolah kan? Eisshhh mana ada kitorang melepak kat snooker kat shopping complex mana ada mana ada. Kitorang lepak kat surau *Alhamdulillah* atau kantin. Huiii ghaso cam taiko duduk kat kantin time orang takde pastu golak tahap tak ingat padahal aku pun tak tau apa yang lawak sangat. Ouhh biasanya masing2 saling mengutuk masing2. Biasanya aku kutuk Emy lepastu dia kutuk aku pulak bagai nak terkoyak perasaan aku. Haha. Koman2 aku pandai gak tapis2. Dia kalau dah collaborate dengan Maie, seolah-olah kau budak baru masuk sekolah pakai kasut B-First kain macam kain banjir lencana paras bahu tarik beg roda time orang lain dah pakai sling bag. Terukkan perasaan sebegini rupa? Macam tu lah perasaan aku kalau diorang dah start. Hahaha who cares, kadang2 aku pun samo yo. Sapa suruh start dulu kenn?

Ok kalau aku keep on menulis, memang sampai lusa pun boleh berpinar putih mata aku duduk menghadap laptop nak cerita semua benda. Tapi ni lah antara memori yang aku paling ingat. Ehh bukan paling ingat. Yang tiba2 teringat. Ehhh ntah lah tak ingat den do. Banyak naa mondo eh. Tak laghat nenek tuo cam den ni nak cito membebel yo.

p/s : nak gi tengok TV pastu online balik kihkihkih bosannya rutin hidup kau =.=

No comments :