Tajuk post kali ni pasal motivasi sikitlah. Lek luu, kalau rasa boring takpe, navigate lah ke blog cun melecun meletop mantop sesapa. Yelah, ni bukan Zack Zuhairi ke, Hanis Zalikha ke. Ni budak lepasan SPM punya blog je. Mana reti nak cakap pasal orang2 dewasa ni. Takde nak bagi tips CARA MEMIKAT LELAKI/PEREMPUAN ke, MAHU KURUS ke, MAHU DIMINATI? IKUTLAH CARA INI ke. Ouh tak ghoti den nak jiwang2 karat ni.
Ouh tapi ni nak cakap sikitlah pasal orang zaman sekarang yang masih ramai hidup berpura-pura. Ni bukan berpura-pura yang tahap extreme sampai hilang identiti. Tapi ini antara perkara2 yang akan buat anda hilang identiti anda suatu hari nanti sedikit demi sedikit.
Ramai orang nak berubah. Semua orang nak berubah terutama untuk orang yang dia sayang. Berubah demi mak ayah. Berubah demi abang kakak. Berubah demi anak isteri. Berubah demi bf/gf. Hold it right there. Dah nampak dah apa yang nak disampaikan.
Aku suka orang berubah untuk mak ayah diorang. Maknanya ke arah yang lebih baik lah. Memang berkat hidup anak2 yang tahu mencari keberkatan mak ayah. Aku suka orang yang berubah untuk adik beradik dia. Menjadi contoh yang terbaik. Aku suka suami yang berhenti merokok sebab isteri dia tak suka dan dia tahu merokok bahaya untuk kesihatan. Aku suka bf/gf yang berubah sebab dia sayang bf/gf dia.
Tapi sejauh mana perubahan kita tu memang perubahan yang kekal? Betul ke perubahan kita tu bersifat permanent dan bukan lakonan je? Okaylah terus terang aku tak ada pengalaman hebat2 pasal relationship2 ni. Tapi ni sekadar nak berkongsi je. Janganlah ingat aku post benda ni sebab aku ni tengah couple so banyak pengalaman nak kongsi. Tak. Takkan blog remaja nak cakap pasal kahwin kan? So cakaplah pasal benda yang sesuai untuk umur aku je haa.
Ramai orang yang nak berubah sebab dia tahu, kononnya "Girlfriend I tak suka I drive laju." Atau "Boyfriend I tak suka I pakai tudung indon youuuu." Lagi teruk "Girlfriend I mesti suka kalau dia nampak I solat." padahal sebelum tu solat pun liat. Paghah lah kalau berubah semata-mata gf/bf kau. Kalau dah break, kau rasa boleh tak nak kekalkan perubahan tu? Kalau tak boleh dan tak yakin kita akan kahwin dengan pasangan kita tu, berubahlah semata-mata kerana Allah. Insya Allah kekal perubahan tu.
Jangan berubah kerana kita mahu dia lihat kita sebagai seorang yang hebat. Jangan. Hipokrit namanya tu. Berubahlah kerana kau rasa kau nak cuba untuk mendidik dia ke arah kebaikan. Kalau aku, cukuplah bagi aku untuk tahu yang dia seorang hamba Allah yang patuh. Kalau lah aku kan dalam kes ni, Sudah cukup bersyukur rasanya kalau aku tahu, dia bangun untuk solat Subuh :)

No comments :
Post a Comment