Thursday, October 13, 2011

Why My Heart Grows Bigger And Better?

Ouh tajuk post aku memang bombastic. Ni kalau hantar kat teacher Mila ni, boleh dapat comment "Nice Phrase! Bravo! Excellente! So like Shakespeare!" *ahh berangan lah kau teacher nak puji melambung karangan kau. Mimpi lah hoiii* Heh komain panjang mukadimah den. Isi eh ntah bilo nak tuleh.

Minggu ni, hmmm.... Ouh minggu ni bermula dengan begitu sederhana sahaja.

Isnin
Kagum ahh takdo KP2 nak check2 pakai kerongsang ke tak, lencana ke tak kan? Maybe sebab KP2 F4 tengah sibuk menelek buku sebab tengah exam kan? Takpo2 teruskan baca buku. Abaikan kitorang ni buat 2 minggu ni. Kitorang tak kisah. Mak ok jee tak kena check. Tapi memang kepantangan aku dengan orang yang suka "Shhhhhhh" dah exceed the limit lah kan. Memang sorang2 aku telek muka yang gatal naa mulut nak suruh orang senyap padahal tengah bincang PQS. Eii kalau den dapek, memang kono kasut Bata yang dah nak rabak menunggu bulan Disember ni haa. *Ouh ni semua bayangan semata-mata. Takdo den berani tahap gaban nak baling kasut do*

Selasa
Pagi2 je, api beghamok membara-bara dengan satu puak lain jantina ni. Ni semua sebab salah paham yang bila pikir2 balik, memang akan jadi satu kenangan bahagia yang boleh dikongsi bersama anak cucu. Bondo eh kocik yo. Tapi beghamok eh macam Rihanna kono copuk ngan Chris Brown. Tapi takdolah lobam2 macam Kak Hana tu do. Just ghaso macam "Hek'eleh kau apehal nak touching2. Bukan cakap pasal kau pun. Hek'eleh brader kabut je hek'eleh hekeleh" tapi ni just cakap dalam hati je jadi takde orang lain dengar pun.

Rabu
Last tuisyen Chemistry kat Kobena dengan Teacher Munisah. Rasa lain macam sangat duduk belajar untuk kali terakhir before SPM sebab cikgu nak pergi haji dah. Dengan muko komain bulat lagi sobab nak ikut tema budak2 Shams pakai jubah dengan shawl. Hambik kau. Macam Pau Habibi dah pipi aku tersembul-sembul time senyum. Sogan eh tak payah cakap lah. Untunglah kan Maie ngan Emy maintain comel so tak payah lah asyik nak menajamkan shawl supaya tak kelihatan macam Doraemon pakai jubah. Tapi serious sebak gila time salam dengan cikgu. Haru jap time cikgu suapkan kek. Sebak sangat. Thanks teacher. Even just for 10 months, you've teach me a lot and I do appreciate it with every single beat of my heart.

Khamis
Hari ni, memang kelakar boto perangai budak2 perempuan 5 Irsyad. Lagi2 time Zakira confessed rasa sayang kat Dayah, kakak tiri eh. Haru lah kan kelas kan Kiah kan? HAHAHA. Ingat tak Kiah time Dayah kena baling bedak, dengan muko putih dan bongeh eh, dia kejar Zakira dengan pembaris panjang, macam muka Freddy Krueger dah aku tengok. Tergamam ustaz Redha tengok cakaran Dayah pada Zakira. Sumpah lawak gila lah nanti aku nak cerita kat cucu aku ah ala2 bedtime story.

Kesimpulannya, make sense tak tajuk tu dengan isi2 kandungan post ni? Tak paham eh? Tak boleh nak relate eh? Ok2 macam ni sebenarnya. Hari2 ku makin seronok dengan menjalani hari2 terakhir di sekolah menengah kesayangan aku ni. I'll spend the best of my time here so there will be no such regret when I leave this school. Ouhhh sedihnya nak pergi nangis jap. Babai.

p/s : Btw, sekarang kat Citra cerita Miss Congeniality. Yahhhh memang ah Sandra Bullock menggoda-goda aku nak tengok. Kono kuek iman nak tunggu SPM. Tengok lah. Aku donlod semua movies pastu marathon sorang2 sampai mato bopinar putih cam Storm dalam X-Men :)

No comments :