Thursday, September 29, 2011

Jangan Mulakan Hari Anda dengan...

1. Membuat Soalan2 Physic, Add Math, Chemistry Mahupun Biology Yang Susah2.
Hal ini adalah kerana, sekiranya anda mengalami kesulitan semasa menjawab soalan2 tersebut, dan anda rasa seperti mahu mengetuk kalkulator anda di dahi dan mahu merenung kertas soalan anda sehingga terbakar dengan sendirinya, anda akan mengalami kemurungan yang berpanjangan sepanjang hari tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan emosi anda terganggu dan perkara ini berupaya menganggu hubungan anda dengan sahabat2 baik anda, orang2 disekeliling anda mahupun pasangan anda. Oleh itu, elakkan memulakan pagi anda dengan soalan2 yang stok nak kena kunyah.

2. Melihat Perkara2 Yang Boleh Membangkitkan Kemarahan Anda.
Contohnya, sebelum anda menuju ke sekolah atau ke tempat kerja, pastikan anda tidak melihat perkara2 yang menyakitkan hati seperti najis kucing anda. Jangan mengamuk lalu mencepuk kucing anda kerana ternyata mereka tidak mempunyai akal. Seharusnya anda bertenang, beristighfar dan menarik nafas dengan sedalam-dalamnya lalu bersihkanlah najis tersebut dengan berkata-kata pada diri anda "Kucing ini tiada akal. Maka jika saya marah, saya yang lebih tidak berakal." Lalu, ketawalah dengan sekuat-kuat hati anda.

3. Memulakan Perbualan Yang Akan Diakhiri Dengan Pergaduhan.
Elakkan daripada bercakap topik2 yang anda rasa bakal menerima respon yang mendukacitakan daripada pendengar mahupun topik2 yang membuat hati anda tersiat. Hati yang tidak seronok di pagi hari walaupun dalam tempoh sepuluh minit boleh menjejaskan kualiti kerja anda sepanjang hari. Hati yang sakit lebih pedih daripada luka yang ditabur garam - Barrack Obama (Dah tak payah Google Search. Takdo Obama cakap macam ni do. Den yang cakap)

4. TIDAK SOLAT SUBUH.
Tengok tu aku siap bold dengan Caps Lock lagi. Maknanya ni yang paling malah teramat penting untuk setiap umat bergelar Muslimin dan Muslimat ye untuk solat Subuh. Double you, Eyy, Jay, Eye, Bee. WAJIB. Diulangi. Wau . Alif . Ja. Ya. Bib. WAJIB. Maka, janganlah anda meninggalkan solat Subuh. InsyaAllah, pagi yang dimulakan dengan Solat Subuh dan diakhiri dengan Solat Isya' akan menjadi hari yang paling indah untuk kita, InsyaAllah dengan keredhaanya. Insan yang cemerlang datangnya dari akal, hati yang tenang, jiwa yang mantap. Ting tang ting tang Alexander! *Ok sapa tak paham mesti tak pernah tau YouTube tu apa kan?*

p/s : Kesimpulannya, Saya akan mulakan pagi saya dengan soalan Simultaneous Equation Modern Math :)

No comments :