Biarlah aku berusaha mencari keredhaan Allah dengan cara aku sendiri.
Biarlah orang kata aku 'orang jahil yang bersuara'.
Biarlah hidup aku dalam jalan keberkatan.
Biarlah aku terus memanjangkan kesyukuran kerana masih belum ditarik nyawaku.
Biarlah aku menangis menyesal sekarang sebelum aku dibakar dalam neraka.
Biarlah aku terus dengar suara dan dengusan orang yang tak akan pernah sehati dengan aku.
Biarlah aku menumpahkan segala air mata yang aku ada semata-mata kerana keredhaan-Nya.
Biarlah aku menyerahkan segala takdir kepada-Nya setelah apa yang aku usahakan.
Mungkin bukan sekarang doa aku dikabulkan.
Mungkin bukan sekarang. Mungkin esok, atau berpuluh tahun lagi.
Aku tahu mungkin ada yang bercakap aku cuba nak cari publisiti murah dengan 'menyucikan' penampilan aku hari ini. Cakaplah, aku redha setiap perkataan yang keluar dari mulut anda semua. Aku membesar dalam kutukan, biarlah aku lali dengannya. Iman aku belum tebal. Hati aku belum kebal. Aku sesat, bimbing aku. Aku salah, tegur aku.
Mungkin aku tak akan pernah insaf kalau bukan kerana INSAN-INSAN ini.
Aku takdapat dan takmampu menjamin kekalnya hubungan ini.
Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga diberkati Allah.
Semoga Allah berikan keredhaan-Nya.
Say, thank you Allah for the greatest gift of all.
:)
No comments :
Post a Comment