Ye, aku memang emotional bab2 macam ni. Sebab aku membesar dalam keluarga pendidik. Mak ayah abang aku cikgu. Even kakak aku pun bakal cikgu. Terhiris lah weh bila dengar orang cakap cikgu2 sekarang makan gaji buta, jadikan kerjaya guru sebagai penyelamat masa depan. Dah lah. Kau orang rasa lah kan, memang bijak2 pandai yang duduk kerusi besar2 kat atas tu lahir2 je terus pandai ke? Siapa yang ajar diorang? Memang lah PM tu bukan Cikgu Paiz yang ajar. Tapi yang sejawatan dengan Cikgu Paiz jugak kan?
Lepas tu, kau cakap "Jadi cikgulah senang. Bulan Disember pun gaji jalan. Tak payah kerja pun". Ikhlas ke tak sebenarnya ni? Tugas cikgu ni mulia. Ikhlas mendidik anak orang. Tapi mentaliti parents sekarang, semua nak salahkan cikgu. Cikgu tak ajar anak yang merempit tu bahaya lah. Cikgu tak ajar anak yang bergaduh tu tak elok lah. Semua cikgu, cikgu, cikgu. Cikgu ke yang mengandungkan 1000 orang budak? Cikgu ke yang kena azan/iqamat kat 1000 telinga budak? Tolonglah fikirlah sikit.
Ni lah apa yang aku rasa bila paper keluarkan komen2 pembaca yang cikgu2 sekarang TAK BERSYUKUR, SUKA MINTAK NAIK GAJI, CIKGU SELALU NAK MINTAK CUTI. Sekarang dengar balik, ada kau pernah tengok orang kerja hari Ahad? Pernah kau tengok orang mesyuarat, jaga budak waktu perkampungan hari Ahad? Tu pun kau orang still nak kata cikgu suka mintak cuti? Come on lah. Matang sikit.
Akhir sekali,
SELAMAT HARI GURU
kepada
CIKGU MOHD PAIZ
CIKGU HASLINA
CIKGU AMIRUL
CIKGU ADILAH
dan
Guru2 di seluruh Malaysia.
No comments :
Post a Comment