Monday, May 2, 2011

Tahniah. Industri Hiburan Kita Makin Maju.

Serious weh. Tak tipu. Nama negara kita akan memacu-macu ke hadapan dengan adanya group2 baru ni. Kepada sesiapa yang nak tahu tu, sila baca dan berikan perhatian sepenuhnya okay?

Memperkenalkan, 2 kumpulan pertama dari Malaysia
yang Ala-Ala Korea-Lah-Sangat.
24:7 dan GULA GULA!
*tepuktepuktepuk*



gila mengancam lah korang. Boleh hilang bayang2 SuperJunior wehh.


aigooo, tomeytomey nyewww


semakin menggugat Wonder Girls. *tepuktepuktepuk*

Meh sini nak cerita sejarah macam mana tahu pasal diorang ni. Tak lain tak bukan, terima kasihlah Cik Adilah. Ni mesti rajin pergi Beautiful Nara kan? Hahahahaha takde ahh gurau2 je.

Sumpah sakit perut memulas-mulas pertama kali tengok gambar. Aduhh parah gila orang sekarang ni. Nak cuba ikut tu tak salah, tapi jangan lah menakutkan sangat. Boleh senak perut tahu tengok pose2 maut abang2 gagah. Ada muscle lak tuh. Kalau pakai baju melayu, mesti bertambah kacak kan?

Tapi takpelah, bagilah peluang diorang buat transformasi. 
Teringin jugak nak dengar diorang nyanyi lagu Maaf Maaf atau Tiada Siapa Kecuali Kau.

Keep up the astounding work. HAHA ;)

No comments :