*inhaling exhaling*
Sebelum anda meneruskan pembacaan anda, tolong patuhi peraturan ni sebentar.
1. Tolong jangan publish link post ni untuk membuktikan saya ni jahat.
2. Tolong tekan icon X di tab anda jika anda tak suka baca post saya.
3. Tolong hentikan sekejap takrifan buruk anda terhadap saya.
Bila dah tunjuk pukul 12, maknanya kena tidurlah. Tapi tak tahulah kenapa tak dapat nak tidur. Mungkin jugak sebab takut esok dah tak bangun2 lagi. Bila buat Nota Sejarah tadi, tiba2 je terfikir, apa dosa aku dengan manusia? Sempat tak orang maafkan? Entahlah weh, risau nya kalau ni lah post terakhir ke kan? Sempat tak kita mintak maaf kat mak ayah, cium tangan diorang? Sempat tak cakap kat abang kakak yang adik diorang menyesal pernah terkasar bahasa dengan diorang? Sempat tak nak bagitahu kawan2 yang aku tak tak ada niat nak sakitkan hati diorang? Sempat tak nak bagitahu semua orang yang aku tak pernah benci orang, tetapi orang yang salah sangka?
Ego pun tak guna. Mintak maaf bukan kena bayar. Tapi itu pun susah nak buat. Tu lah manusia kan? Benda yang senang malas nak buat. Benda yang susah, terkinjakinja nak buat. Tak payah lah terasa2 sangat sebab ni blog aku, so cakap untuk diri sendiri je. Implying on myself je ni.
Mak cakap, "Hidup jangan menyusahkan orang lain". Memang lah aku ni tak mintak orang siapkan homework ke, buat masalah sampai kena blacklisted ke, memang lah takde kan? Tapi ada je salah2 yang kita nampak macam kecik, tapi sebenarnya? Banyak aku dengar orang cakap belakang aku. Tu sebab aku suka guna perkataan immune. Sebab dah terlalu biasa dengan takrifan2 sarkastik orang yang memandang luaran je. Penat dah tahan perasaan. Dah buta nak buang lagi air mata aku tu. Dah lelah semput nak pekakkan telinga. Tapi entah lah, rasanya belum sampai hati nak membenci orang. Sebab mak kata "Jangan benci orang kalau kita tak suka orang benci kita". Tapi macam mana eh mak, orang tu benci kita padahal kita tak benci dia pun? Sedih kan?
Tak2, post ni bukan nak sedut rasa simpati korang untuk aku, tapi sekadar nak bercerita pasal budak yang perangai entahapeape, dah mula rasa insaf selama 17 tahun dia bernafas. Bila baca balik post2 lama, yang marah2 tak tentu hala kat orang lain, mulalah terpikir balik, buat apa nak marah2? Dapat hadiah ke? Kau pun tak perfect, tudung pun tak labuh yang sibuk2 nak marah condemn orang lain buat apa? Tak boleh ke nak fikir kalau orang lain terasa hati, tak ke berdosa? Tak takut dosa ke weyy? Lagi malu bila guna perkataan "Hell, Damn, Shit" bila tengah marah. Wehh apa ni Add, kalau marah istighfar, bukan mencarut.
Cukup perfect ke kita lepas dah angkat takbir 5 kali sehari? Belum, kita tak suci dari dosa lagi. Dosa dengan Allah, kita boleh mohon ampun, taubat. Dosa dengan manusia? Orang tak maafkan kita, sampai kiamat lah kita berdosa weh. Kau nak SPM ni, takut2 gelap pandangan kau nanti time jawab exam. Ya Allah, nauzibillahminzalik.
Jadi kat sini, biarlah aku buang ego bodoh tu jauh2. Biarlah aku mintak maaf dengan serendah-rendah ego yang aku tengah pegang sekarang ni.
1. Kepada semua yang terdekat, biarlah menjadi rahsia antara aku dengan mereka.
2. Kepada semua yang diluar sana, tua muda, yang tahu nama, yang kenal muka, yang pernah bertegur sapa. *guna 'saya' sopan sikit kott.*
Saya mohon maaf sangat2 sekiranya ada menyakitkan hati anda semua. Melalui blog, FB, pandangan atau percakapan. Saya tahu saya memang tak ada ciri2 orang yang warak. Tu sebablah rasa banyak je dosa. Tapi saya rasa memang sampai kiamat saya berdosa kalau saya ego nak mintak maaf. Kepada anda semua, saya mintak maaf sangat2. Saya tak pernah nak benci orang sebab saya pun tak nak kena benci. Jadi kalau anda rasa saya benci anda, ubahlah persepsi anda. Kita manusia, rambut sama hitam, kulit sama warna, sama agama pulak tu, buat apa nak bermusuh? Tak salahkan memaafkan orang lain? Walaupun ada orang cakap, "1 kesalahan akan mengaburi 10 kebaikan yang lain", tapi bagi saya "1 kemaafan boleh memaafkan 10 kesalahan" kan? Jadi, dengan muka tengah tak ada ego ni, Saya mintak maaf. Saya takut Allah, balasan Allah, neraka Allah. Saya takut hidup tak berkat.
Dan kepada orang diluar sana yang pernah buat hati saya terguris, saya tak simpan dendam. Sebab saya bukan maksum. Kalau Nabi boleh ampunkan umatnya, kenapa kita yang hina ni tak boleh maafkan orang lain? Jangan risau, saya takkan simbah asid, ugut bunuh atau baling cat kat rumah anda2 yang pernah mengguriskan perasaan saya. Tak guna marah lama2. Buat tambah sesak hati je kan? Kan senang kalau dah maafkan, tidur lagi lena, makan terlebih kenyang. Saya maafkan anda2 yang pernah menyakitkan saya secara sedar mahupun secara tak sedar ataupun berlapis :)
p/s : Ego itu rugi sebenarnya.
No comments :
Post a Comment