Dah, jangan nak ingat aku ni selalu nak berbicara soal hati cinta perasaan bagai2 tu. Takkan hidup dok melayan perasaan duapuluhempatjam je kan? Banyak kerja lain boleh buat. Hati kau bukan untuk pakwe/makwe kau je. Paling penting hati dengan Allah, kedua dengan Mak Ayah. Ketiga dengan adik-beradik. Keempat dengan Saudara mara. Kelima dengan kawan2. Keenam kalau dah tak ada pertalian darah daging barulah nak ber’hati’ dengan lawan kau.
1. Hati dengan Allah.
Sedih kan kalau mulut mengaku Islam tapi tak pernah buat ikut syariat? Status Islam kat Kad Pengenalan kau tu tak ada beza dengan orang lain kalau kau pun sama hidup ikut cara hidup orang lain agama. Buat apa Islam sekadar keturunan? Jangan dok cakap nak berdegardegar mengaku sana sini Islam tapi solat pun Solat Sunat Hari Raya je. Jangan asyik mintak nak kaya nak rumah besar nak kereta besar nak kerja tinggi2 tapi nak buat Solat Hajat pun kena fikir 2, 3, 4 kali. Kenapa manusia kalau dah susah barulah nak rasa hati tu dekat dengan Allah? Kalau waktu senang pernah tak fikir Allah? Ingat balik konsep Innalillahi wainnailaihi rajiuun.
2. Hati dengan Rasulullah
Tak ramai kan yang betul2 menghayati ni? Cakap je sayang Rasulullah tapi tak pernah pun buat sunnah Nabi. Bila tanya mengaku umat nabi tapi Maulidur Rasul pun terlepas. Ada yang tak tahu nabi lahir di mana. Korang, cuba hayati balik konsep cintakan Rasulullah. Ingat, nabi akan sentiasa melindungi umatnya hingga akhirat. Takkan kita nak ingat nabi sekejap pun tak boleh kan? Hati kita dengan Rasulullah perlu ada, dan jaga.
3. Hati dengan mak ayah.
Kenapa tak campurkan je Hati dengan mak ayah ni dengan Hati dengan Adik-Beradik? Ingat balik. Dengan adik-beradik boleh je nak muncung2 masam2 muka. Tapi bukan dengan mak ayah. Aku mengaku, kadang2 waktu penat sangat2 balik sekolah ke tuisyen ke, bila mak ayah mintak tolong, memang tak boleh nak elak muka benyek tu. Konon tanda protes. Tapi cuba ingat balik. Time kau kecik2 dulu, kau menangis tengah2 malam, siapa yang bangun bersengkang mata buatkan susu, tidurkan korang? Kenapa mak ayah mintak sikit pun tak boleh nak tolong? Dah tu siap cakap “Mak nii, Ayah nii”. Tu tak masuk hempas2 barang, hempas2 pintu, taknak cakap seminggu. Ingat, jangan fikir HATI kita je. Cuba fikir, sebenarnya hati mak ayah kau lagi penting. Tu yang boleh jamin kau masuk syurga.
4. Hati dengan adik beradik & saudara.
Ni kena jaga jugak ni. Tu darah daging kita. Wali kita. Kalau kita susah nanti, abang kakak adik sepupu kita lah yang paling hampir untuk tolong kita nanti. Kau nak mintak tolong kawan2 kau ke nak jadi wali kau nanti? Jauh mana pun kita tinggal bila dah besar nanti, Hari Raya mesti jumpa balik kan? Tak jauh weh kita ni. Masam2 muka lama2 pun tak guna. Kita ni asal satu perut. Jangan lah simpan dendam dengan adik beradik sepupu sepapat ni. Kalau kau lari bawak diri sampai ke hujung dunia sekalipun, DNA kau takkan pernah berubah. Tak sepatutnya. Ingat lagi sekali, jaga hati darah daging kita.
5. Hati dengan kawan2.
Ni antara orang yang paling dekat dengan kita selepas saudara mara. Most of the time kau spend masa dengan kawan2 kau. Jaga hati dengan kawan2. Jangan jadi kawan makan kawan. Berkawan ni jangan berkepentingan. Ingat weh, kawan kau boleh jadi orang yang teraniaya sebab kau. Jangan carik kawan bila susah je, carik kawan bila kawan baik kau dah pergi dengan orang lain. Ingat, kawan bukan tempat bergembira je. Kawan tu tempat kau menangis dan belajar cara hidup. Cari kawan yang bawak kau ke arah kebaikan. Bukan kawan yang ajak kau merempit, berdisco, merokok ambik dadah semua tu. Cari kebaikan yang terbaik dalam berkawan okay?
6. Hati dengan dia.
Terlalu subjektif. Ada yang terlebihlebih gedik. Ada yang sweet. Ada yang tak sweet langsung. Tapi hati dengan si dia ni yang paling cepat berubah. Baru putus semalam, minggu depan jumpa lagi yang baru. Mudah kan hati kau berubah? Masa bercinta hamboi2 janji hidup sampai syurga. Tapi lepas break dialah yang paling kejam. Buat hati kau sakit lah. Menyesal menangis tak berlagu lah. Pastu jumpa orang lain, kau cakap kat yang baru tu, dialah orang yang paling kacak/cantik kat dunia. Hati kau tu bukan murah kan? Jaga baik2. Kalau sayang orang tu, sayang betul2. Kan manis kalau kekal sampai akhirat? Tak sia2 kan? Tu sebab hati dengan si dia ni letak last2 sikit. Kalau tak habis lah. Jangan kau berani nak apply jenis hati kau ni untuk mak ayah saudara kau.
p/s : Our heart supposed to be a very precious treasure. Keep it for the right persons.
No comments :
Post a Comment