1. Kawan kerana Allah
Ni lah yang plaing hebat sekali. Berkawan kerana mencari keredhaan Allah sematamata. Kau tahu, orang yang berkawan macam ni lah yang confirm persahabatan kekal sampai akhirat. Dapat pahala berlipat ganda. Hebat ahh. Tak payah explain panjang2. Boleh faham sendiri kan kawan yang macam ni?
2. Kawan niat untuk mengubah.
Ada yang berkawan dengan seseorang sebab dia nak cuba ubah kawan dia tu daripada perangai macam Syahaiton kepada yang lebih baik. Awww sweet kan? Bagus betul. Kawan tak solat, dia suruh solat. Kawan duduk mengangkang, dia ajar bersimpuh. Kawan merempit, dia ajak main PS2 kat rumah. Kawan makan bercakap, dia ajar kunyah 33 kali. Alahai, best kan kawan macam ni. Bukannya kawan yang tak masuk disco, diajak eh tengok budak shuffle kat Bukit Bintang. Bukan kawan yang tak melepak, diajak ehh duduk usha gadis2 Indonesia kat Terminal 1. Ouh kalau kau dapat kawan macam ni, banyak2 lah berdoa eh? Mintak2 dijauhkan kawan2 yang membawa ke lembah maksiat. Permudahkanlah berjumpa dengan kawan2 yang membimbing.
3. Kawan sebab serasi.
Alah ni simple je. Macam 4 budak gila kat sekolah tu lah. Diorang rasa sherashi bershama so diorang pun berkawan. Gaduh tu memang ada. Takkan 24 jam nak tunduk akur "ehh awak je yang betul, kita salah" pulak kan? Berkawan macam ni sesuai sebab macam2 kau boleh belajar. Kawan2 kau berani tegur salah kau, berani tegur perangai kau. Sebab kitew kan shehati shejiwa. Kan? Kan?
4. Kawan sebab boleh mintak nombor orang lain.
Huih memang den tak gomar ni. Cukup tak gomar. Boleh dia text kita "HAHA HUHU KAU NI KELAKAR AHH KAU NI MENARIK AHH KAU ADA NOMBOR BUDAK HIDUNG MANCUNG KELAS SEBELAH TU TAK? BAK AHH." Ni stok kena baling dengan handphone 3310 tu tahu? Hamboi2, nombor kita pandai pulak cilok dari mana ntah. Nombor orang lain mintak kat kita pulak. Dah tu, bila dah dapat nombor orang lain, huih jangan harap lah dia nak text kita lagi lepas tu. Ntah2 dah remove dari Contacts. Sampai hati awokk. Menyampah awww gitu tau nyah!
5. Kawan sebab rapat dengan ex dia.
Ehh kau jangan macam2. Den ponah jumpo oghang macam ni. Boleh dia tanya kita, "Awak2 yang cantek manness, ex-awek kita tu dengan siapa sekarang? Dia macam mana sekarang? Nak lagi tak kat kita? Dia ingat kita tak?" Orang macam ni, jangan marah2. Tegur elok2 "Awak2 yang gedik santai. Kita rasa apa kata awak usha je dia balik. Kalau gagal gak awak terjun ahh dalam laut. Kita tak tahu lah awak dia dah mamam ke belum, dah solat ke belum. Kita bukan bibik dia." Jangan saudara2 saudari2 sekalian berkawan kerana sebab ni. Kalau kawan anda tu tak tahu intention sebenar anda, tak apa lah. Buatnya dia tahu, naya lah anda. Tak salah berkawan dan bertanya. Tapi jangan ahh habiskan kredit 10 hengget aku nak bagitahu yang ex kau selamat pulang dari sekolah.
6. Kawan sebab cantik hensem.
Ni memang sengal punya budak. Boleh kau nak berkawan sebab dia cantik hot stuff jejaka idaman kat sekolah? Eiii menyampah makk. Tak baiklah macam ni. Muka2 Tyra Banks je kau nak kan? Habis tu, yang lain2 tu, yang kurang cantik di mata kau tu, kau pulaukan ehh? Kejam ahh macam ni. Tak baik tau. Bukan bawak mana pun muka cantik hensem tu. Dah 40 kedut jugak. Habis tu, kalau kau 40 tahun nanti, dah takde lah ehh kawan kau? Sebab dah takde yang macam Rozita Che Wan lagi dah? Make sense tak? HAHA.
Anda fikirlah sendiri, selama ni anda berkawan kerana apa.
No comments :
Post a Comment