Tuesday, April 12, 2011

Both Sides of View.


Post yang sedikit sebanyak menyedarkan aku tentang dunia yang tak semestinya menepati citarasa kau. Perspektif manusia ni subjektif sangat. Orang yang tak salah dipersalahkan. Orang yang salah dibenarkan. Mana silap kita sebenarnya dalam menilai orang? Siapa kita untuk menilai orang? Siapa kita untuk mengatakan bahawa orang lain jahat, kejam, pendengki, pendendam, perampas, perosak, pemusnah semua tu? Siapa kita? Tuhankah kita? Siapa kita untuk menghukum orang lain? Sejahatjahat sinar muka seseorang, berdosakah dia di mata kau walaupun kau sendiri yang menghakimi dia? Kau menghakimi dengan nafsu kau yang sakit melihat orang lain. Kau menghakimi dia dengan prinsip bebas bersuara kau.

Kau mungkin dipandangkan tinggi di kaca mata orang lain. Kau dipuji, disanjung, dihormati dan disayangi. Tapi ingat, ada kelompok manusia yang sentiasa memandang rendah kau. 3 kelompok manusia yang ada dalam dunia :

1. Kelompok yang betul2 menyayangi kau.
Orang yang sentiasa IKHLAS menyuarakan pendapat, SETIA mendampingi kau, HORMAT hak kau, MENDALAMI diri kau dan mungkin MENYAYANGI diri kau seadanya.

2. Kelompok yang berpurapura menyayangi kau.
Orang yang sekadar memikirkan KEPENTINGAN diri sendiri, MENGUTUK di belakang MENGAMPU di depan, PENIPU yang pandai berlakon.

3. Kelompok yang benci kau gila2.
Orang yang tak pernah puas hati dengan apa yang kau ada, BENCI kau, KUTUK kau sepanjang masa, MENGHAKIMI kau sesuka hati, dan sentiasa SANGKA BURUK tentang kau.

Jangan sakit hati bila kau ditindas, bila kau diperkecilkan, bila kau dituduh, bila kau dihina. Sebab perkara itu sebenarnya mematangkan kau. Bukan kau pergi menangis merayu supaya janganlah kau ditindas lagi. Kau kena bangkit! Bukan lagi jatuh menyembah bumi merayu memekik melolong. Tak semua orang akan dengar rayuan kau. Kalau ada, tak akan wujud mahkamah.

No comments :