Sunday, April 24, 2011

Babbling

Teringat Cikgu Fatin cakap
"Bangsa kita sendiri yang akan jatuhkan bangsanya"

Hadam dulu ayat ni baru nak bentang hujah2.

Tak payah tengok jauh2 politik2 lah tajuk ni. Cakap panjang2 kena ISA pulak. Tapi sendiri mahu ingatlah.
Tengoklah orang sekarang, jumpa bangsa seagama tak nak bertegur langsung. Senyum pun taknak. Salam apatah lagi kan? Depan pandang pun taknak, belakang bukak cerita macam2, aibkan orang. Sedangkan dia sendiri tak sedar dah lah aibkan orang, fitnah pulak tu. Dahh, jadi fitnah pulak.

Bukak cerita pasal fitnah. Tak payahlah ingat fitnah ni kau tuduh orang berzina je. Benda yang kecik pun boleh jadi fitnah. Orang rapat sikit, kau kata couple. Orang marah sikit, kau kata panas baran. Orang ketawa sikit, kau cakap gedik. Kita kenal orang tu pun tak, kenapa senang2 nak hukum orang. Ingat wehh, tak ada siapa perfect dalam dunia ni. Bila buat cerita, taknak mengaku pulak. Tu tak masuk lagi gaduh sesama bangsa seagama. Janganlah ingat gaduh tu tarik rambut tarik tudung sepak perut semua tu. Ada je benda tak puas hati dengan orang tu. Padahal orang tu, usik kau pun tak pernah. Dahh kau dok buat cerita kata dia sakitkan hati kau. Ingat weh, fitnah tu dosa macam membunuh


Al-Baqarah : 191
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"


Dah tahu dah hukum fitnah? Faham dah? So kalau terasa nak memburuk-burukkan orang tu, fikirlah balik.


SATU LAGI BENDA NAK CAKAP
Ni yang paling aku terasa sekali lah. Serious.

Aku tahu, aku ni taklah baik macam Naqibah2 kat sekolah tu yang 24/7 jaga batas2 pergaulan, jaga aurat semua tu. Tak pun pakai tudung labuh. Pakai seluar bila keluar rumah. Kalau bercakap tu, sampai pintu pagar sekolah boleh dengar suara aku kan? KAN?


Tapi, bila post benda2 keagamaan sikit, dahh mula start bukak mulut gulung lidah nak mengutuk. Cakap tak sedar diri lah, bajet baik lah, berlakon lah, banyak lagi lah. Ya Allah, dosa ke aku post benda2 macam ni sebenarnya. Takkan sampai mati aku nak berperangai macam orang tak ada agama? Dosa eh berubah? Fikirlah wehh, blog ni kau dah remove sekali pun, orang2 yang pernah baca akan sentiasa ingat isi kandungan blog kau. Kau bayangkanlah kalau blog kau penuh je dengan mengumpat, mengutuk, mencarut dengan post loblob bagai semua tu, apa yang orang akan judge kau? At least, kalau ada lah sikit post agama2 ni, seimbang sikit rohani kita. Malu lah tiba2 nak bayangkan suami kau nanti *praying for the best. Amiin* baca balik blog kau, "tak senonohnya ayang aku dulu2." Kau nak ke dengar anak kau cakap "Mama dulu perangai memang macam ni ke?" So, tak salah lah aku berfikiran ke hadapan sedikit, cuba nak berubah. Untuk kebaikan diri sendiri jugak. Untuk elokkan amalan aku jugak. Daripada kau orang semua sibuk je dok nak mengata orang gedik cuba nak berubah tapi tak jadi2, baik korang doakan moga2 bertambah iman amal ibadah aku, orang yang seagama dengan kau jugak kan?


p/s : dah biasa sangat kena hina. Biasa lah tu.

No comments :