Thursday, April 21, 2011

20/04/2011. A Day To Remember :)

Alhamdulillah.
We Did It! 1st Runner-Up!

Mari mulakan kronologi cerita Di Sebalik Tabir Choral Speaking SHAMS 2011.

1. Pemilihan Peserta
Cerita bermula apabila Teacher Mala cakap, tahun ni sekolah join Choral Speaking lagi. Huwooo masa tu excited tiba2. Then, teacher kata listkan nama2 yang nak masuk. Humangai ramai gila lah. Tak tipuu. Semangat betul junior2 SHAMS ni kan? HAHA. Tapi it end up teacher tak pilih budak2 F1 sebab nak bagi diorang masuk time F2 nanti. Ada budak2 yang dari team tahun lepas join lagi. Mudah sikit kerja nak train diorang menggedik santai nanti. HAHA.

2. Skrip Choral Speaking
Mula2, Teacher bagi satu salinan script. Tajuk eh "Gadget Blast". Cool jugak lah script dia. Then, team mula berlatih dekat Makmal Bahasa. Sungguh2 jugak lah baca sampai habis satu script. Tiba2 esok tu, dapat tahu script kitorang sama dengan ada sebuah sekolah ni sebab biasalah, kalau ambil kat Internet ni, besar kemungkinan sekolah lain nak ambik script yang sama. So teacher ada bagi dalam 3 script back-up, suruh olah sikit2. Tapi script2 tu dah perfect sangat bahaso eh so tak tahu nak ubah apa. Cuma scripts tu boring2 sikit. Satu hari tu, teacher mintak script. Bersalah gila sebab tak siap langsung script yang teacher mintak tu. Berani jugak lah jumpa teacher cakap, "I'll finish it by 4.30. I promise". Teacher pun kata "Ok". Kau bayangkanlah wehh, nak siapkan script 8-10 minit dalam masa 2 jam. 2.30-4.30 petang, aku, Kiah, Maie & Emy mengesatngesat peluh, berkerutkerut muka menguapnguap dekat Raudhatul Khawarizmi menyiapkan script. Dengan rasa berdosanya tak solat Zuhur lagi, terus siapkan script tu then pergi solat. Lepas solat, touch-up sikit script then balik tu hantar kat teacher. Teacher ubah sikit2 then SIAP. HAHA. Puas hati.

3. Ta'aruf
Mula latihan, agak kurang memuaskan hati sebab ada students yang join Bola Jaring lah, Bola Baling lah Bola Tampar lah, sampai terabai latihan Choral Speaking. Mula2 macam geram jugak lah tapi nak buat macam mana kan? Diam je lah. Tambah polik eh tu, setiap kali latihan tak ponah2 full attendence langsung. Yang budak2 team last year, alhamdulillah lah sebab dah sedia gedik.HAHA no offence ladies. Cuma yang baru2 ni, kurang expression tapi baca ok. Banyak kali jugak lah buat tapisan tanya betul2 siapa yang seriously nak join team ni. Ramai yang tak nak keluar. So paksa jugak diorang jadi bersemangat sebab itu memang macam syarat wajib Choral Speaking lah. Tak tahu malu. HAHA. Yang budak bertigo uh memang sojak azali godik santai. HAHA :)

4. Training
First latihan, biasa2 je, sebab nama pun tak ingat lagi. Script pun tak hafal sangat. Tangan pun main hayun je lantak kau lah haha. Makin lama, dah makin hafal script lah. Cuma ada yang tak hafal lagi. Terkumat kamit time latihan. Tapi takpe lah kan. Lama2 hafal jugak. Tapi makin lamo sajo yo monggodik tunjuk garang naga, siap cakap "By next week, akak nak semua hafal script. Takde lagi kertas2 ni, ok?" MUAHAHAHAHAHA *gelak syahaiton*. Tapi next weeknya tu, tak lah hafal pun. Haha rilek je conductor pun tershashul baca script. Tapi makin lama, makin menarik je training. Setiap hari Selasa-Khamis, dari pukul 3-5. Seronok tengok diorang enjoy perform. Macam Kiah cakap lah, latihan 10 minit, rehat setengah jam, makan 45 minit lepas tu latihan balik 10 minit then balik. Alahai, pernah jugak lah terfikir, kalau macam ni, boleh menang ke? Latihan je, ada yang tak datang, ada yang tak hafal, ada yang lupa gaya. Time latihan golak2 je pulak tu, lebih2 ada Emy. Tapi serious, latihan seronok gila lah duduk sesimen dengan budak2 junior ni.

5. Sehari Sebelum Pertandingan
Berlatih dalam Dewan Ibnu Kathir dari pukul 8.00-12.30 tengah hari. Boku duk dalam tu tahu? Tapi menarik lah, teacher panggil class2 teacher tengok persembahan kitorang. Respond diorang? KETAWA menyindir. Sabar wehh sabar dengan diorang. Tapi yang tak boleh tahan tu, boleh wehh diorang main game Pandu Puteri dalam dewan. Punya lah tak ada rasa cuak langsung! Golak tahap tak ingat dunia. Latihan berapa kali je. Tapi takpe. Rilek ahh. Nak takut2 apesal . Kan? Kan? *Muka berpeluhpeluh tahan cuak*

6. Hari Pertandingan
Hoowww cool gila kau menanyinyanyi dalam bas tak ingat dunia. Tak sodar2 nak berlawan 18 buah sekolah tu. Tiba2, Intan suruh practice dalam bas. Kau bayangkanlah ghoman ehh pulak menyendal kaki bawah seat nak elakkan tergolek terguling time bas brake. Tapi demi team yang kucintai *cewaahhhh cerekerama habis* sanggup lah lawan konsep Inertia. Sampai kat sekola tu, terus masuk dewan duduk diam2. Masing2 tak niat nak try practice pun. Tiba2 Mizah cakap kakak dia nak datang. Wehhh, Kak Aida, Kak Pika, Kak Hazirah & Kak Shahira datang wehh. Seronok tengok ex-team ni datang. HAHA. Tak menahan je cakap pasal tudung conductor. MUAHAHAHA *syahaiton betul kau ni ketawa, Adlina*. Elok gila tempat kitorang duduk tu, berderet top schools dalam Choral Speaking. SHAMS, St.Paul, TKC. Hambik kau. Tapi 3-3 sekolah ni cool je borak2 ambik gambar makan2. HAHA makan lagi eh? *Berapa kali dah cakap pasal makan?*. Sekolah kitorang yang ke 14 present. Time luar dewan tu, mula insaf baca doa banyak2 ramai2. Then, conductor pun dengan senyum sokmonya *alahai godik eh* masuk lalu terus memberi tunduk hormat kepada Judges. Kemudian start lah persembahan. Seronok sangat2 dengar audience gelak & tepuk tangan dengan persembahan kitorang. Puas hati gila! Tak tipuuu. Tangan conductor ni boleh menggeletar wehh, siap nampak lagi tangan tu macam orang menggigil habis. Habis je persembahan, terus keluar sambil ketawa beramai-ramai.

7. Pemenang
Pengerusi majlis umumkan penerima sijil penyertaan. Tiba2 nama SHAMS tak ada. Ada yang fikir kitorang dah disqualified dah. Tapi rilek je lahh kan. Then dia umum Conductor Terbaik. "S...M...K.. Agama Sheikh Haji Mohd Said!" Sudahhhh, ado yang menjerit. Tak sangko langsung. Takdo intention nak monang pun. Nak dongar result 1,2,3 je. *ni apehal lak membajet habis ni* Alah, biarlah, bila lagi dapat peluang nak membajet ni. Kat blog sendiri je lah kan? HAHA. Then, dia umum tempat ketiga dan akhirnya, 1st runner up, SMK AGAMA SHEIKH HAJI MOHD SAID!!!!!! Woooooo menjerit2 budak ni. Humangai tosonyum lebar sampai ateh ponteh. Haha. Turun je bawah, teacher peluk. Mengalir wehh air mata tengok Maie, Emy, Kiah dah bergenang air mata. Mengalir wehh, mengalir. Rasa usaha selama sebulan ni berbaloi habis. Script, masa berlatih, suara menjerit2, tangan hayun sana hayun sini, memang rasa terbalas gila. Bersyukur sangat. Puas dapat habiskan tahun terakhir dengan pencapaian macam ni. Terharu dengan budak2 ni yang tak habis2 senyum ketawa sampai lah turun bas.

Overall, kami sangat berpuas hati dengan keputusan pertandingan Choral Speaking 2011. Tak salah kan cakap aku tengah kesat air mata sekarang ni? Terlalu terharu wehh. Tak, korang bukan kat tempat aku. Korang tak rasa usaha kau dengan kawan2 kau, membanting tenaga kerah idea fikir apa nak buat untuk Choral Speaking sekolah. Tahun lasst weh! Tahun last kau berkhidmat untuk sekolah dan dengan pencapaian macam ni, tak mustahil air mata mengalir wehh. Sedih, gembira, terharu semua ada. 

Kepada Team CHORAL SPEAKING SHAMS 2011,
I LOVE YOU ALL! WE DID IT!
Next year nombor satu eh junior2 kesayangan sekalian?

Bye. Assalamualaikum :)

No comments :