maafkan sahaja penggunaan bahasa2 rempit kasar kurang sopan dalam post ni.
Kalau kau kira lah sekarang kau, ni kali keberapantah aku post benda2 alah mengamuk meroyan melenting tak tentu pasal. Tapi takdelah jahat sangat kot nak tayang siapa gerangan orang yang dimaksudkan tu. AKU NI MANUSIA WEH. ADA HATI PERUT LAGI.
*Abaikan penggunaan caps lock yang akan meningkat sejajar dengan kemarahan yang terlampau*
Ada orang kata, "Ouh Add ni pendiam je. Tapi dia gelak besar2 dengan kawan2 je". Terima kasihlah bagi pandangan macam tu. Tak hairan jugak dulu sebelum jumpa Mahirah, dia kata aku muka sombong tak layan orang. Kau dah kenal aku siapa kan yangg? Ouh buat mereka yang tak kenal siapa aku, aku ni kurang baik orangnya. Aku ni cakap berdegar-degar, gelak tahap tak ingat, bahasa tak berapa nak berfalsafah. Dah lah tu, perasan cantik lak tu. Bajet famous. Ye, aku tahu semua tu. Aku pun dah biasa dah kena pandang2 jeling2 tu. BIASA SANGAT.
Aku tak dilahirkan kat dunia ni untuk MENGUTUK hidup orang. Aku ganggu ke hidup orang? Tak weh. Banyak lagi benda berfaedah aku boleh buat. BANYAK. Buang masa je aku nak interfere dalam hidup diorang so aku hairan kenapa orang masih ada masa nak menyakitkan hati diorang sendiri bila tengok muka aku. Yelah, hidung aku tak mancung, pipi tersorong-sorong. Tu sebab aku ni dah macam sampah tahu? Nak tolong kutip geli. Dah tu tengok jelah tergolek-golek tengah jalan. AKU FAHAM WEH. AKU FAHAM.
Kau tahu, makin lama aku rasa makin terhina je. Ya, aku paham ada orang cakap, "Come on ar, sedar lah diri tu macam mana. Dah lah jahat. Bahasa pun teruk. Perangai tak senonoh ada hati nak mintak kasih sayang orang lain." TAKPE WEH TAKPE. Aku faham aku ni siapa. Tapi fikir lah balik, MANA WEH KEMANUSIAN KAU ORANG? MANA? Aku memang tak pandai nak express feeling. Bila nak express je, NAH AMBIK KAU BAHASA ORANG REMPIT. Fine, tapi kau ingat sampai bila aku nak tulis, "Wahai lah anda. Saya marah. Terima kasih"?
Weh, aku malu lah weh nak canang kat dunia aku tengah sedih. Aku tahu ada orang mesti cakap "Eleh, ni mengamuk kat blog ni, dunia tak baca?". Tapi kau janganlah ingat aku nak raih simpati cakap kat semua orang aku tengah menangis, meroyan, mengamuk semua tu. Biarkan aku menulis di ruang blog aku. BIARKAN AKU. ABAIKAN AKU. Aku tak kisah kalau aku ni cuma jadi tempat kau nak berhibur je. Asalkan aku dapat buat kau ada lah sikit rasa gembira walaupun tak banyak. Ada jugak khidmat untuk kau. AKU FAHAM AKU SIAPA. Tak layak nak dapat sepenuh perhatian. Yelah, mungkin kau nak kata aku SPOILED kan?
Tapi pedih weh, mengelupas weh mata aku nak kesat2. Murah sangat ke air mata tu? Thanks lah sebab buat aku berfikir dua tiga kali nak bazirkan lagi air mata aku tu. Kau hampir berjaya buat air mata aku tu jadi mahal balik. Thanks lah. Ouh kau pun berjaya buat aku jadi kuat. Tahan lasak, tahan maki, tahan cemuh, tahan perasaan. HUGE THANKS.
Takpe, lepas kau orang baca post ni, nak benci, bencilah. AKU DAH BIASA. Seumur hidup, alhamdulillah keluarga aku tak pernah terapkan nilai membenci orang dalam hidup. Mak kata, "Biar je. Bersabar." Tapi kita manusia kan? Ada limit jugak kan? So, kau orang rasa BERPERIKEMANUSIAAN tak kau orang treat aku macam ni? ADA KE WEH? Fikirlah, hati aku tak keras weh. Kalau kau tusuk dengan pen pun boleh hancur. Sekarang aku rasa macam dah kena hempas dengan batu tahu? Kau rasa ada ke hati besi boleh replace hati aku sekarang ni? Fine, kau boleh carut dengan aku, nak ber'F' berjari tengah dengan aku. Aku faham weh. Mungkin bagi kau aku layak dapat benda2 macam tu.
Kau fikirlah balik semula apa yang kita dah buat sama2. Masa2 yang aku rasa berharga tapi aku tak tahu lah apa nilainya pada pandangan kau. Kalau aku fikir balik, aku tak rasa menyesal. Berdosa. Tapi aku rasa SEDIH. YA ALLAH, MACAM NI RUPANYA NASIB AKU? Berdosa weh berdosa menyalahkan takdir. Aku terima takdir hidup aku. Tapi kita boleh usahakan takdir tu ke arah kebaikan kan? Salah ke weh aku nak cuba ubah takdir tu? BESAR SANGAT KE DOSA AKU SAMPAI JADI MACAM NI?
Ya Allah, aku tahu, aku makhluk lemah. Perasaan aku masih lemah, lembik. Tapi aku sedih dengan manusia2 yang tak pernah sedar salah dia. Siapa aku ni?
No comments :
Post a Comment