Tapi sedarkah kita, kalau dunia ni mudah tanpa cabaran, mungkin ada yang tak berdiri semegah kedudukannya kini. Kalau dunia terlalu mudah untuk dilalui, mungkin ada yang memungkiri janji2 dan pujian2 yang sentiasa dilafazkannya pada setiap bacaan tahiyatnya.
Allah tak pernah melupakan makhluk ciptaanya yang tidak tercapai di fikiran kita jumlahnya. Tapi sayang, seorang manusia belum mampu mengingati penciptanya pada setiap detik. Ada manusia terlalu sombong untuk berteleku memohon pertolongan daripada penciptanya. Ada yang terlalu ego untuk menghambakan diri kepada penciptanya. Dan ada yang hanya mengingatiNya saat kita berasa sukar untuk menghadapi cabaran dunia.
Mungkin ada pihak yang berasa jijik dengan penulisan seorang penulis yang bercakap sekadar mahu menunjuk-nunjuk. Ada juga pihak yang berasa meluat dengan gaya penulisannya yang dikatakan 'cakap tak serupa bikin'. Tetapi sejauh manakah anda telah membantu agama dalam menyebarkan dakwah? Salahkah seorang hamba yang hina cuba untuk mencari kelemahan diri dan berhempas pulas meluruskan kembali dirinya yang terpesong dalam arus pemodenan dunia? Masih berdosakah?
Hanya Allah tempat yang terbaik untuk kita berkongsi rahsia dan masalah.
Hanya Allah tempat yang terbaik untuk kita mengalirkan air mata dan meraung.
Hanya Allah tempat yang terbaik untuk kita meminta pertolongan dan ketenangan.
Tapi, sejauh mana kita cuba melangkah ke tempat itu, dan berapa langkah yang kita sudah lalui menjauhi tempat itu?
No comments :
Post a Comment