Monday, November 22, 2010

Benda2 Yang Tak Patut Kau Orang Buat Time Texting

1. Jangan letak tanda soal hambik kau "???" time tanya soalan. Contohnya, "kau tengah buat apa????????". Ya Allah rajin gila kau tekan keypad 1 tu berkalikali kan? saya terima maximum dua tanda soal sahaja "??". Contohnya "Kau tengah buat apa??". Dah, cukup.

2. Jangan letak tanda seru lepas taip. Contoh "weh!!!". nak gaduh ke? kot lah kau nak bagi tahu yang kau dapat duit sejuta ke nak kahwin ke. balik2 kau hantar, "WEH!!! kau buat ape tu?". gilo po.

3. Jangan mengada ngada buat manjew hantar dabelyu euww euww aww aww tomewnyew. Apew kaw ingat kaw tuw cowmel sangat kew. Mewnyusahkan lidah akuw jew kaw tauw tawk? Goliw den bacew. Lagi satu, apA penDapaT andA dApaT meSej yAng keCik beSaR keCik BesAr maCaM ni? masyaAllah tahap kesabaran maha lah tingginya time baca. kau tak penat ke weh tekan keypad # tu? bak kata emy, "button # kau dah jahanam?"

4. Jangan. Hantar. Short. Form. Melampau. Sangat. "kw tga wt pe?", "ak tatau na pg mn". Kot lah aku ni paham. kau cabut jelah keypad phone kau tu. Tak heran, kata Short Message Service.

p/s : setakat ni, rasa simpati nak mereply tu ada lagi lah, kott.

No comments :