si gadis seorang yang perengus. suara si gadis taklah mendayu dayu seperti Mas Idayu. kadangakala menimbulkan keraguan, lelakikah atau perempuankah yang bercakap itu? si gadis juga tidak pernah peduli dengan cakap2 orang sekeliling tentang betapa tak halusnya kulit wajahnya dan betapa tak rampingnya pinggangnya
tetapi lain pula bagi si lelaki. handsome macam Channing Tatum, tough bak James Bond. suara seksi macam Liam Neeson. tinggi tu taklah beberapa nak tinggi, tapi bolehlah. baju memang sentiasa trendy dan up-to-date, tak kalah kalau bergaya. pendek kata, lelaki ni memang sempurna. rugi rasanya tak pandang dua kali. mungkin ada yang beranggapan si lelaki sudah buta, ataupun lelaki tersebut begitu terdesak mencari cinta. mengapa perempuan seperti gadis itu yang menjadi pilihan. entahlah, hanya dia yang tahu.
si lelaki juga jarang menghubungi si gadis. setiap masa terluangnya tidak diisi dengan mengingati gadis tersebut. dia lebih suka meluangkan masa bersama teman2 lelaki sekerjanya yang lain. kadangkala tidak mempedulikan rasa rindu si gadis terhadapnya. tetapi hairan, si lelaki masih memanggilnya sayang, tidak lupa mengatakan "saya sayang awak" dan "saya rindu awak".
sepatah yang si gadis katakan, sepatahlah yang akan dijawab oleh si lelaki. kadangkala, si lelaki langsung tidak menghubungi si gadis yang sentiasa menunggu panggilan daripada si lelaki. si gadis kadangkala terluka dengan layanan yang diberikan si lelaki terhadapnya. si gadis tak kisah. dia tetap sayangkan si lelaki.
pernah suatu ketika, kerana tidak tertahan dengan perangai si lelaki, si gadis meminta untuk memutuskan perhubungan. tetapi hairan, si lelaki masih tidak mahu melepaskan si gadis. bukankah si lelaki tidak memedulikan si gadis yang sentiasa merinduinya? mengapa pula dia tidak ingin melepaskannya? bukankah si lelaki seolah olah bosan ketika berhubung dengannya? mengapa pula dia tidak mahu melepaskannya? si gadis semakin hairan. tetapi, dia tetap sayangkan si lelaki.
"Dia hanya lelaki yang mencari keseronokan dunia, terima sajalah."
"Kau mungkin dijadikan sebagai sparepart sahaja.
"Mungkin dia sibuk dengan kerjanya, sabarlah."
"Kau mungkin dipermainkannya."
"Dia sayangkan kau. Mungkin dia tidak tahu cara untuk melahirkannya."
si gadis sentiasa menerima jawapan yang berbeza-beza dari mulut sahabat2nya. mana yang betul, tidak diketahuinya. maka, dia mengambil jalan yang terbaik dengan terus-terusan beranggapan baik terhadap si lelaki. dia tetap sayangkan si lelaki.
suatu hari, si gadis menyuarakan perasaannya terhadap si lelaki. betapa dia amat terasa dengan layanan yang diberikan si lelaki. betapa dia amat tertekan dengan cerita2 yang didengarnya tentang kecurangan si lelaki. tetapi si lelaki hanya tersenyum sambil mengenggam tangan si gadis, "saya sayang awak seorang. Percayalah." Dan si gadis kembali mempercayai kata kata si lelaki. dia tetap sayangkan si lelaki.
semakin lama, semakin ramai yang menceritakan tentang kecurangan si lelaki tersebut. si gadis hanya menahan sebak di dada dan hanya mampu melemparkan senyuman sambil berkata, "saya percayakan dia, dia tak akan berbuat begitu." dia tetap sayangkan si lelaki.
hinggalah suatu hari, si lelaki sudah tidak mampu untuk meneruskan pendustaanya. si lelaki memberanikan diri untuk berterus terang dengan si gadis. kerana takut untuk berhadapan dengan si gadis yang perengus, dia menghantar mesej kepada si gadis.
"saya tak mahu menipu awak. saya benci untuk tipu awak. tapi, apa yang awak dengar tentang kecurangan saya bukanlah suatu khabar angin. adalah lebih baik saya berterus terang dengan awak. ya, saya menduakan awak. maafkan saya kerana tidak pernah memberikan awak layanan yang seharusnya diberikan oleh seorang lelaki terhadap teman wanitanya. saya mungkin bukan untuk awak dan awak mungkin bukan untuk saya."
si gadis terlalu sedih sehinggakan dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. tetapi, dia tetap menggagahkan dirinya untuk membalas mesej si lelaki.
"mungkin saya sudah lama dapat menghidu perkara ini. tetapi saya sentiasa membenarkan kata kata awak. seburuk manapun orang bercerita tentang awak, saya tetap memenangkan awak. saya tak pernah kata tidak tentang awak. saya takut perasaan buruk saya terhadap awak akan memutuskan hubungan kita. saya takut untuk melahirkan kekecewaan saya kerana saya tidak mahu kehilangan awak. saya terlalu takut untuk kehilangan awak. please, tolong berikan saya kata-kata terakhir awak..."
si gadis menunggu balasan si lelaki...
"saya lepaskan awak. harap awak menemui orang yang lebih baik daripada saya..."
dan si gadis mulai menyedari sesuatu yang tidak disedarinya sejak dulu. kerana terlalu memenangkan si lelaki, dia terluka kerananya. kerana terlalu membenarkan kata2 si lelaki, dia ditipu olehnya. dan kerana terlalu menyayangi si lelaki, dia kini kehilangannya.
tetapi tak mengapa, dia tetap sayangkan si lelaki....
p/s : uhukuhuk sedihnya nasib perempuan tu... :'(
nak nangis cam godikk pulak... huuu (HAHA)
nak nangis cam godikk pulak... huuu (HAHA)
*cerita di atas telah diolah mengikut peredaran masa kini *
No comments :
Post a Comment