Saturday, August 28, 2010

Mengapa?

Mengapa Kita Menangis?

Air mata mengalir kerana ia mengandungi bahan kimia dan hormon yang dihasilkan oleh badan kita.

Bila kita kecewa atau sedih, otak dan tubuh badan kita terpaksa kerja keras nak hasilkan bahan kimia dan hormon. Menangis dapat tolong kita buang sisa bahan kimia berlebihan yang tak diperlukan.

Bahan kimia dan hormon disingkirkan daripada badan kita melalui penghasilan air mata. Proses menangis mampu menenangkan kesedihan atau tekanan dengan menyingkirkan agen2 bahan kimia tersebut.

Inilah sebabnya kita rasa lebih tenang dan refresh lepas menangis, sebab air mata tu buang hormon2 yang dihasilkan tu ;)


Mengapa Kita Perlu Mengawal Kemarahan?

Orang yang sedang marah berpotensi bertindak ganas. Walaupun hakikatnya dia bukan seseorang yang panas baran, perasaan marah amat berpotensi untuk mengawal diri kita. Banyak je kes orang yang membunuh atau mencederakan orang lain. Alasan : marah sangat.

Nabi SAW bersabda :

”apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

p/s : renung2 kan dan selamat beramal ;)

No comments :